Sebut saja popia basah, mesti ramai yang terliur sambil membayangkan keenakkan rasanya. Walaupun ringkas, hanya berintikan hirisan timun dan sengkuang ternyata makanan ini tidak pernah mengecewakan sesiapa saja yang menjamahnya.
Selalu kalau nak makan popia basah mesti kena tunggu Ramadan baru senang dapat dan boleh makan puas-puas. Sekarang tidak perlu tunggu bulan puasa, Rojak Daily Skop! nak kongsikan 'spot' paling mengancam kalau anda mengidam popia basah.
Popia Kak Raja yang terletak di Taman Medan, Petaling Jaya menjadi lokasi yang wajib dikunjungi untuk 'kaki' makan. Walaupun nampak biasa-biasa tapi popia dia memang 'super' luar biasa.

Hanya berniaga di gerai kecil di depan rumah sejak 10 tahun lalu, Popia Kak Raja sudah mempunyai peminatnya tersendiri yang sanggup datang dari jauh.
Malah, bukan calang-calang apabila Popia Kak Raja juga sudah terbang merentasi awan biru ke negeri di bawah bayu selepas ada pelanggan di sana yang datang bercuti di sini dan membawa pulang Popia Kak Raja sebagai buah tangan.
Pemiliknya yang mesra disapa Kak Raja, 57, berkata resepi popia itu diturunkan oleh abang suaminya dan diajarkan kepadanya. Namun, ia diolah semula mengikut cita rasa sendiri dan direka lebih unik berbentuk kon untuk memberi kelainan berbanding popia yang dijual di tempat lain. Popia Kak Raja kini dibantu enam kakitangan termasuk anak lelakinya, Zaim.
5 Sebab Popia Kak Raja istimewa:
1. Sila guna nombor giliran!

Ingatkan kat pejabat imigresen nak buat pasport je kena ambil nombor giliran tapi di gerai ini juga guna konsep yang sama. Sebagai penggemar popia basah, secara jujur penulis memberi komen Popia Kak Raja ini memang terbaik dan lain daripada popia basah yang pernah dimakan selama ini.
Bayangkan, disebabkan ramai pelanggan yang teringin menikmati makanan popular Malaysia ini, pelanggan yang datang perlu mengambil nombor untuk membuat pesanan. Begitulah hebatnya penangan Popia Kak Raja apabila pelanggan sanggup beratur panjang untuk menikmatinya.
2. Bentuk kon
Menawarkan popia basah yang sungguh unik berbentuk kon, ternyata resepi turun temurun ini bukan sekadar mendapat tempat di hati penduduk setempat malah serata pelusuk negara. Ada pelanggan sanggup datang dari luar Petaling Jaya kerana mahu mencuba makanan istimewa ini yang menjadi satu kenangan terindah.
3. Padat dengan inti

Kata orang tak kisah bayar mahal asalkan berbaloi. Begitu juga, harga satu popia basah di sini adalah RM1 tetapi jangan bimbang kerana saiznya memang besar dan paling penting, padat dengan inti. Biasanya ada peniaga nak cepat kaya letak harga mahal tapi inti secubit dan rasanya pula mengecewakan tetapi tidak di gerai Popia Kak Raja.
Selain popia basah, di sini juga ada jual popia goreng dan cucur udang. Memang 'spot' terbaik kalau korang nak beli untuk hidangan minum petang. Intinya memang sangat padat dengan sengkuang rebus, timun, kacang tanah dan bawang goreng menjadikan popia ini digilai ramai.
4. Kulit popia lembut dan tahan lama
Seperkara yang sering menjadi kebimbangan pada pelanggan adalah sama ada makanan itu masih 'segar' untuk dimakan beberapa jam selepas dibeli. Bagi pemilik gerai ini yang mesra disapa Kak Raja, 57, menyatakan rata-rata pelanggan yang datang memuji sambal dan kulit popianya yang lembut.
5. Sambal 'power'!

Jika nak tahu popia tu sedap ke tidak, rasa dulu sambalnya. Nah! sambal Kak Raja ini memang 'superb' sebab selain dimasak di atas bara api selama lebih sejam, ia juga dimasak dengan beberapa jenis rempah dan cili.
Dibuka setiap Isnin sehingga Sabtu dari jam 3 petang, popia basah ini mampu dijual lebih 1,000 biji sehari dan habis dalam tempoh dua jam selepas gerai dibuka. Dahsyat kan! apa lagi jom kita beratur beramai-ramai kat sini… tak sabar nak layan sambil hirup kopi O panas-panas.
Info:
• Lokasi : (Waze) Popia Kak Raja, Taman
• Hubungi: 0132633850