Jika dulu, penduduk sekitar Rawang perlu menempuh hampir dua jam ketika waktu puncak jika menuju ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pembukaan Jalan Pintas Rawang ke Serendah bakal mengubah corak perjalanan dengan lebih cepat dan efisien.

Secara rasminya jalan pintas Rawang Ke Serendah sepanjang sembilan kilometer (km) mula dibuka kepada orang ramai bermula hari ini.

Oleh itu, anda boleh mencuba laluan ini kerana ia dikatakan mempunyai pemandangan yang menakjubkan terutama ketika pagi dan selepas hujan.

HANYA 30 MINIT

Laluan ini dianggap sebagai mercu tanda baru di Malaysia.
Sebagai kemudahan pada ramai pengguna, jalan pintas ini akan memendekkan perjalanan ke bandaraya Kuala Lumpur pada waktu puncak dari dua jam kepada 20 minit saja.

Dengan keluasan dan panjang lebuh raya yang serba baru ini, ia dijangka akan memberi manfaat kepada 30,000 pengguna yang menggunakan kenderaan di negara ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jalan ini akan memudahkan penduduk sekitar Rawang yang selama ini berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas.

Tempoh 20 minit perjalanan Rawang ke Kuala Lumpur yang dianggarkan pihak kementerian memberi banyak keselesaan bagi individu yang berulang alik setiap hari.

Selain itu, lebuh raya baru ini juga meningkatkan pertumbuhan aspek pembangunan di Rawang, Serendah, Batang Kali sehingga Tanjung Malim.

DIBAWAHNYA TERDAPAT SPESIS TERANCAM



Selain turut menijimatkan masa perjalanan, pengguna juga dapat merasai pengalaman baru dengan menggunakan jalan raya yang dianggap mercu tanda terbaru negara ini!

Untuk makluman, jalan ini antara lebuh raya paling unik dibina oleh kerajaan kerana dihasilkan mengikut struktur jambatan. Malah, apa yang lebih membanggakan jambatan ini adalah yang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2 meter dari aras tanah.

Dihasilkan secara berperingkat, laluan ini mempunyai dua lorong dua hala Jalan Persekutuan sepanjang 12.5 km.

Apa yang lebih menarik perhatian, jambatan tertinggi ini dibina di atas kawasan hutan yang mempunyai khazanah tersendiri.

Menurut kementerian, di bawahnya terdapat spesis pokok unik iaitu ‘Giam Kanching’ yang hanya terdapat dikawasan itu.

Di Malaysia, hanya di kawasan itu saja yang mempunyai spesis tersebut. Malah, jumlah pokok ini di seluruh dunia juga adalah sangat kecil dan tidak dapat di negara-negara lain.