SKOP
Rasa Seekor Memang Tak Puas, Kena Tambah Satu Lagi
Siapa yang mampu menolak hidangan bawal goreng panas yang dihidangkan bersama nasi putih dan kicap manis ditambah bawang dan hirisan limau.
Aroma harumnya yang terus menusuk ke hidung, dinikmati pula dengan pelbagai jenis ulaman segar cukup membangkitkan selera sesiapa sahaja.
Jika sebut menu bawal goreng, memang kedengaran biasa tetapi jika anda berkunjung ke gerai yang terletak di utara Semanjung ini, menu bawal goreng ibarat makanan istimewa yang wajib dicuba setiap kali pelanggan datang berkunjung.
Boleh dikatakan sesiapa sahaja yang menjamahnya, pasti memesan lebih daripada seekor dek penangan rasa isinya yang segar.
Walaupun hanya digoreng bersama rempah dan sedikit serbuk kunyit, bawal goreng Restoran Top D'Gurun yang terletak di Jalan Raya Gurun berhampiran simpang tiga Guar Nenas Gurun, Kedah ini pasti menjadi buruan pada mereka yang melalui kawasan ini.
HANYA SATU MENU ISTIMEWA

Rata-rata pengunjung yang datang turut berkongsi pengalaman mereka menikmati juadah di restoran itu menerusi Facebook masing-masing.
Akui Sa'diah, permintaan pelanggan terhadap ikan bawal yang dijual sering bertambah, Malah, jumlah itu meningkat pada hujung minggu dan cuti umum. Hidangan ikan bawal dijual bergantung kepada saiz. Kalau besar boleh juga dikongsi makan untuk dua orang.
HANYA 50 SEN SEMANGKUK

Selain itu, sambal udang, sambal sotong dan ikan masak lemak cili api serta lebih 10 jenis ikan bakar, termasuk cencaru, kembung dan ketuka.
Bagi membangkitkan selera, lebih 15 ulaman segar ditawarkan pada pelanggan termasuk pucuk gajus, petai bakar, terung bakar, ulam raja, selom dan terung belanda digandingkan beberapa jenis pencicah termasuk sambal belacan, air asam, sambal lesung dan budu. Penulis paling suka sambal belacannya. Cukup rasa pedas, masam dan manis. Fuh!
PENCUCI MULUT PUN SEDAP

Selain itu, minuman teh ais madu cincau juga menjadi tumpuan pelanggan di sini. Bagi mereka yang berasa ragu-ragu, harga yang ditawarkan di sini memang sangat berbaloi dan berpatutan dibandingkan tempat lain. Paling menarik, segelas teh o ais juga dijual pada harga 50 sen sahaja.
Sa'diah yang dibantu suami Mohd Hafiz Zulkifli, 30, menyatakan harga makanan di gerainya tidak pernah berubah sejak restoran itu mula beroperasi.
Bagi anda yang mebawa anak kecil jangan risau, restoran ini juga menyediakan ruang makan berhawa dingin untuk keselesaan anda sekeluarga.

Bermula sekarang sehingga Mei tahun depan, anda berpeluang menyertai cabutan bertuah berkenaan dengan syarat berbelanja sebanyak RM5 ke atas. Tarikh cabutan akan diadakan pada 12 Mei 2018. Maknanya, lagi banyak anda datang makan, lagi besar peluang untuk menang.

INFO:
- alamat: Restoran Top D'Gurun, Jalan Raya Gurun 08300 Gurun, Kedah (berdekatan simpang tiga, Guar Nenas - Gurun)
- sebarang tempahan boleh menghubungi, Sa'diah - 012-5606871
- dibuka dari jam 8 pagi sehingga 5 petang
- masa operasi setiap hari kecuali Jumaat
Must-Watch Video