Skip to main content
Advertisement

Selebriti

“Saya Tak Main Trading…Tak Akan Nak Jadi Macam BobT20” - Raja Atiq

“Saya Tak Main Trading…Tak Akan Nak Jadi Macam BobT20” - Raja Atiq

Sekilas

  • Pelakon Raja Atiq tidak berminat menceburi dunia trading kerana ia diharamkan oleh fatwa dan dia percaya rezeki itu luas.
  • Dia memilih untuk fokus pada kerjaya lakonan dan tidak mempunyai masa untuk aktiviti trading yang memerlukan komitmen tinggi.
  • Selain berlakon, Raja Atiq juga mengusahakan perniagaan pencuci mulut yang memerlukan perhatian dan pengurusan sendiri.
Advertisement

Pelakon, Raja Atiq mengakui dirinya tidak pernah terlintas untuk menceburi dunia trading meskipun ramai yang pernah mengajaknya mencuba aktiviti berkenaan.

Menurut Atiq, dia memilih untuk menjauhkan diri daripada aktiviti tersebut selepas mengetahui terdapat fatwa yang mengharamkannya. 

Advertisement

Baginya, masih banyak cara lain untuk mencari rezeki yang halal dan berkat.

"Saya tak main trading. Lagipun dah keluar fatwa haram. Ramai sahaja sebenarnya yang ajak saya buat trading, tetapi kita boleh cari rezeki lain sebab saya percaya rezeki itu luas," katanya kepada Gempak.

Atiq berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Yes! Captain Zul Aaryan pada Jumaat.

Advertisement

Mengulas lanjut, Atiq berkata dia juga tidak mempunyai masa untuk memberi komitmen kepada aktiviti berkenaan memandangkan jadual hariannya sudah dipenuhi dengan komitmen sebagai pelakon.

Malah, selain aktif dalam dunia lakonan, dia turut mengusahakan perniagaan pencuci mulut yang memerlukan perhatian dan pengurusan sendiri.

"Saya pun ada kedai dessert. Saya sebagai pelakon memang tiada masa nak bahagi masa dan hadap komputer.

"Tak akan nak jadi macam Bob T20. Jadi, saya buka perniagaan sendiri," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Must Watch Video

Advertisement