Skip to main content
Advertisement

Sukan

Age Is Just A Number! Azizulhasni Awang Tumpaskan Juara Dunia Di Usia 38 Tahun

Azizulhasni Awang

Sekilas

  • Datuk Azizulhasni Awang muncul juara acara keirin di Piala Dunia Trek UCI 2026 di Velodrom Nasional, Nilai.
  • Azizulhasni menewaskan juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen, yang menduduki tempat kedua.
  • Kemenangan ini adalah yang kedua bagi Azizulhasni dalam siri Piala Dunia musim ini dan mungkin penampilan terakhirnya di laman sendiri.
Advertisement

Kejayaan penuh bermakna buat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang apabila berjaya muncul sebagai juara bagi acara keirin pada saingan Piala Dunia Trek UCI 2026 di Velodrom Nasional, Nilai pada Sabtu.

Lebih mengagumkan, pelumba berusia 38 tahun itu menewaskan juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen yang terpaksa berpuas hati menduduki tempat kedua, sementara pelumba dari Trinidad & Tobago, Nicolas Paul di tempat ketiga.

Advertisement

Seperti biasa, Azizulhasni yang digelar The Pocket Rocketman itu memulakan kayuhan di belakang lima pelumba yang lain sebelum melakukan henjutan bertenaga di penghujung perlumbaan untuk melintasi garisan penamat sebagai pemenang.

Kejayaan itu menjadi kemenangan kedua Azizulhasni dalam siri Piala Dunia musim ini selepas turut menjuarai saingan pembukaan di Perth, Australia pada Mac lalu.

Kemenangan itu pastinya akan menjadi satu nilai sentimental buat Azizulhasni yang berkemungkinan besar bakal membuat penampilan terakhir di laman sendiri dalam kejohanan antarabangsa.

Advertisement

Anda mungkin berminat dengan

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

YONEX Match Plus Sport Socks SSM-1293-MP7-SR | Cushion Support | Antibacterial | 100% Original

YONEX Match Plus Sport Socks SSM-1293-MP7-SR | Cushion Support | Antibacterial | 100% Original

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

New Balance Unisex 9060 (Standard) - RAINCLOUD

New Balance Unisex 9060 (Standard) - RAINCLOUD

X-TIGER New 5 IN 1 Polarized Sports Cycling Sunglasses Running Fishing Ski Running Golf Driving Sunglasses

X-TIGER New 5 IN 1 Polarized Sports Cycling Sunglasses Running Fishing Ski Running Golf Driving Sunglasses

Must Watch Video

Advertisement