Skip to main content

Berita Tempatan

Astro Raih Tempat Keempat Allianz Media Badminton 2026, NST Pertahan Gelaran

Astro Raih Tempat Keempat Allianz Media Badminton 2026, NST Pertahan Gelaran

Sekilas

  • New Straits Times (NST) muncul juara Allianz Media Badminton 2026 selepas menewaskan Sin Chew Daily 3-0 dalam final di Sports Arena Sentosa.
  • NST berjaya mempertahankan gelaran dan menjadi pasukan paling berjaya dengan empat kejuaraan sejak 2019.
  • Harian Metro menang kategori Plate manakala Astro menamatkan saingan di tempat keempat selepas tewas kepada RTM.
Advertisement

New Straits Times (NST) terus mengukuhkan penguasaan apabila muncul juara Allianz Media Badminton 2026 selepas menewaskan finalis sulung, Sin Chew Daily 3-0 dalam aksi final di Sports Arena Sentosa, baru-baru ini.

Kemenangan itu menyaksikan NST berjaya mempertahankan gelaran yang dimenangi tahun lalu, sekali gus menjadi pasukan paling berjaya dalam sejarah kejohanan dengan empat kejuaraan sejak ia mula dianjurkan pada 2019.

Advertisement

Selain edisi 2025 dan 2026, NST turut muncul juara pada 2019 dan 2023.

Astro yang mempunyai dua kejuaraan pada 2022 dan 2024 pula menamatkan saingan tahun ini di tempat keempat selepas tewas 1-2 kepada pasukan baharu, RTM dalam aksi penentuan tempat ketiga.

Bagi kategori Plate, Harian Metro menewaskan Bernama 2-1 untuk muncul juara.

Advertisement

Edisi keenam Allianz Media Badminton menyaksikan penyertaan 12 pasukan termasuk Astro, NST, Bernama, China Press, Kosmo, Sin Chew Daily, Sinar Harian, The Star, Harian Metro, RTM, Media Karangkraf serta tuan rumah, Allianz Malaysia.

Kejohanan menggunakan format liga sepusingan dengan mempertandingkan dua kategori Beregu Lelaki dan satu Beregu Campuran.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia yang juga kapten pasukan badminton Allianz Malaysia, Sean Wang berkata, kejohanan tahunan itu bukan sekadar medan persaingan, malah membuka ruang untuk mengeratkan hubungan bersama pengamal media.

“Badminton Media tahunan kami sentiasa menjadi acara yang saya nantikan kerana memberi peluang kepada kami untuk bertemu rakan media di luar urusan kerja dan menghargai peranan penting mereka dalam memastikan rakyat Malaysia sentiasa mendapat maklumat, selain memperluas jangkauan usaha serta inisiatif kami.

“Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua peserta yang menyertai edisi tahun ini. Kami berharap dapat menjadi tuan rumah kepada anda sekali lagi tahun hadapan,” katanya.

Sementara itu, China Press, Kosmo, Sinar Harian, The Star dan Media Karangkraf masing-masing menerima hadiah saguhati.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football PREDATOR CLUB Fold-Over Tongue Firm Ground/Multi Ground Football Boots Unisex Pink HQ2273

adidas Football PREDATOR CLUB Fold-Over Tongue Firm Ground/Multi Ground Football Boots Unisex Pink HQ2273

Football Germany 26 Home Kids Jersey Unisex White JZ4560

Football Germany 26 Home Kids Jersey Unisex White JZ4560

Big Size [ 28-48 ] Seluar Lelaki Kerja Kargo | Straight Cut | Slack 6 Poket Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket Seluar

Big Size [ 28-48 ] Seluar Lelaki Kerja Kargo | Straight Cut | Slack 6 Poket Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket Seluar

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

JDT 3D Block 1071

JDT 3D Block 1071

Must Watch Video

Advertisement