Skip to main content

Sukan

Bekas Penerjun Wanita Negara Peluk Islam - “Satu Momen Paling Istimewa…”

Menerusi hantaran di Instagram, Kimberly meluahkan rasa syukur kerana telah selamat menjadi saudara Islam baharu pada Julai lalu. 

Sekilas

  • Bekas penerjun wanita negara, Kimberly Bong Qian Ping, mengumumkan sudah memeluk agama Islam pada Julai lalu melalui hantaran di Instagram.
  • Kimberly mengumumkan persaraan daripada sukan terjun pada 2024 selepas hampir 15 tahun beraksi dan mencatat pelbagai pencapaian termasuk pingat emas Sukan SEA 2023.
  • Kimberly dijangka melangkah ke fasa baharu dalam hidup dengan bakal berkahwin bersama bekas penyerang skuad B23 negara, Danial Asri.
Advertisement

Bekas penerjun wanita negara, Kimberly Bong Qian Ping menyorot perhatian netizen selepas mengumumkan sudah memeluk agama Islam. 

Menerusi hantaran di Instagram, Kimberly meluahkan rasa syukur kerana telah selamat menjadi saudara Islam baharu pada Julai lalu. 

“Saya tidak pernah berasa lebih bangga dengan keputusan yang saya buat pada Julai lalu. Benar-benar salah satu momen paling istimewa dalam hidup saya. Alhamdulillah,” tulisnya. 

Memetik laporan Stadium Astro, Kimberly sebelum ini mengumumkan persaraan daripada sukan terjun pada 2024 selepas hampir 15 tahun mengharungi karier dalam sukan berkenaan.

Atlet yang sinonim dengan acara 3 meter papan anjal dan platform 10 meter itu mula mencuri perhatian ketika berusia 14 tahun apabila menyertai Kejohanan Grand Prix (GP) Terjun FINA Australia pada 2016.

Advertisement

Sepanjang kariernya, Kimberly turut melakar beberapa pencapaian membanggakan di pentas antarabangsa termasuk memenangi pingat emas Sukan SEA dan Terbuka Malaysia pada 2023, selain meraih pingat perak dan gangsa pada edisi Sukan SEA 2021 serta 2017.

Dalam perkembangan sama, Kimberly dilaporkan bakal melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan apabila dijangka bergelar isteri kepada bekas penyerang skuad Bawah 23 (B23) negara, Danial Asri, yang kini beraksi bersama kelab DPMM.

Perkembangan mengenai penghijrahan Kimberly ke agama Islam dan bakal perkahwinannya itu turut mendapat perhatian peminat, khususnya selepas bekas atlet negara berkenaan berkongsi detik istimewa tersebut di media sosial.

Sumber: Instagram, Stadium Astro

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement