Skip to main content

Viral

Bintang Bola Sepak Norway, Erling Haaland Akhirnya Balas DM Tom Holland Lepas Spider Man Dedah ‘Kena Sidai’

Bintang Bola Sepak Norway, Erling Haaland Akhirnya Balas DM Tom Holland Lepas Spider Man Dedah ‘Kena Sidai’

Sekilas

  • Pelakon Hollywood Tom Holland cuba mengajak Erling Haaland keluar makan malam melalui DM, tetapi tidak dibalas pada mulanya.
  • Selepas luahan Holland tular, Haaland akhirnya membalas jemputan tersebut dengan nada santai dan menerima ajakan makan malam itu.
  • Haaland juga menjadi perhatian bukan sahaja kerana prestasi cemerlangnya di Piala Dunia, tetapi juga minat uniknya membeli barangan bertemakan koboi dan haiwan yang diawet.
Advertisement

Walaupun tidak berjaya menjulang trofi Piala Dunia, penyerang sensasi Norway, Erling Haaland, tetap berjaya mencuri perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia.

Malah, pelakon Hollywood Tom Holland turut mengakui dia ingin berkenalan dengan bintang Manchester City itu selepas mereka sama-sama berada di Monaco bagi menyaksikan perlumbaan Formula 1 bulan lalu.

Advertisement

Menurut Holland ketika muncul dalam program The Tonight Show Starring Jimmy Fallon pada 13 Julai, dia pernah menghantar mesej peribadi (DM) kepada Haaland untuk mengajaknya keluar makan malam.

Malangnya, mesej tersebut langsung tidak menerima sebarang balasan, lapor Geo News.

“Saya DM dia untuk ajak makan malam. Tapi tiada respons. Tiada balasan sama ada sibuk atau apa, hanya tidak dibalas,” dedah Holland.

Bintang Spider Man itu mengaku telah ‘merendahkan ego’ untuk mengajak Haaland keluar namun tidak dilayan.

“Tapi saya fikir inilah yang menjadikan kerjaya pelakon menarik. Kita kena selalu berpijak di bumi nyata,” katanya lagi dalam temu bual tersebut.

Namun berita baiknya, selepas luahan Holland tular, bintang bola sepak berusia 25 tahun itu membalas ajakan aktor tersebut.

Menerusi ruangan komen klip video temu bual yang dimuat naik oleh The Tonight Show Starring Jimmy Fallon, Haaland memberi jawapan yang membuat peminat teruja.

"Jemputan makan malam diterima. Cuma agak lambat sedikit. Pilih saja tempatnya!" disertakan emoji ketawa gementar.

Jawapan spontan Haaland itu terus menjadi tular di media sosial. Seorang pengguna X menulis:

"Tolonglah, aku menangis!”. Seorang lagi pula meninggalkan komen: "Tak pernah terlambat untuk dua legenda bertemu."

Malah, ada juga yang berseloroh: "Akhirnya Haaland tahu siapa Tom Holland."

Nama Holland memang sedang menjadi bualan hangat terutama sikap bersahaja yang ditunjukkan pemain tersebut meski Norway tewas 2-1 kepada England dalam aksi suku akhir Piala Dunia, baru-baru ini.

Selepas tersingkir daripada kejohanan itu, Haaland  tetap mencipta sejarah apabila meledak tujuh gol pada penampilan sulungnya di Piala Dunia, sekali gus memecahkan rekod jaringan terbanyak dalam penampilan pertama di kejohanan berprestij itu.

Selain aksi di atas padang, Haaland turut menjadi bualan apabila membeli seekor rakun yang diawet (taxidermy) bernilai sekitar AS$750 ketika berada di Dallas.

Dia juga membeli dua ekor tupai yang diawet serta pelbagai barangan bertemakan koboi termasuk but, topi dan kemeja gaya Barat.

Menurut laporan TMZ, Haaland membelanjakan kira-kira AS$10,000 bagi membeli semua barangan tersebut, malah turut membayar pembelian untuk empat rakan sepasukannya.

Anda mungkin berminat dengan

Jordan Club Hat

Jordan Club Hat

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

Scuderia Ferrari Caven 2.0 Sneakers Unisex in White/Rosso Corsa by PUMA, UK 10

Scuderia Ferrari Caven 2.0 Sneakers Unisex in White/Rosso Corsa by PUMA, UK 10

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

Must Watch Video

Advertisement