Sekilas
- Argentina akan bertemu Sepanyol dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2026 pada 20 Julai selepas menewaskan England 2-1.
- Beberapa lokasi menarik seperti Ikea Damansara, Unifi Arena Bukit Jalil, GSC Cinemas, TGV Cinemas, dan kedai mamak disyorkan untuk menonton perlawanan akhir secara beramai-ramai.
- Acara menonton ini menawarkan pelbagai aktiviti, makanan, minuman, dan hadiah cabutan bertuah untuk peminat bola sepak yang hadir.
Kemenangan pasukan Argentina yang menewaskan pasukan England dengan jaringan 2-1 pada pagi Khamis telah melengkapkan dua pasukan yang bakal berentap di pusingan akhir Piala Dunia 2026.
Pada perlawanan yang bakal berlangsung pada 20 Julai nanti, pasukan Argentina bakal menentang pasukan Sepanyol yang baru sahaja menewaskan pasukan Perancis dan bakal merebut piala keramat yang sudah dianjurkan sejak 96 tahun yang lalu.
Bagi peminat bola, sudah tentu anda mahu menonton perlawanan tersebut secara besar-besaran bagi merasai sendiri kehangat perlawanan akhir terebut.
Berita buat anda yang sudah bosan menonton secara berseorangan di rumah apabila anda boleh mencari lokasi untuk melayan aksi perlawan akhir tersebut bersama rakan-rakan anda.
Berikut Gempak kongsikan antara lima port menarik untuk anda menonton perlawanan akhir tersebut bahkan melepak sampai ke pagi:
1) Ikea Damansara
Buat julung kalinya, syarikat perabut terkemuka iaitu Ikea menganjurkan ‘watch party’ bersempena Piala Dunia 2026.
Baru saja selesai menganjurkan ‘watch party’ bagi dua perlawanan separuh akhir sejak dua hari yang lalu, para peminat akan terus merasai pengalaman menonton pula perlawanan akhir di Ikea Damansara pada 20 Julai ini.
Buat peminat yang hadir, anda boleh menonton sambil menikmati makanan dan minuman yang boleh dibeli di restoran mereka iaitu Swedish Restaurant.
2) Unifi Arena Bukit Jalil
Dianjurkan bermula pada jam 10.30 malam pada 19 Julai itu, penonton yang hadir bukan sahaja dapat menonton perlawanan akhir beramai-ramai malah turut boleh melakukan beberapa aktiviti yang disediakan.
Rasai pengalaman menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2026 melalui skrin LED besar bersaiz 18 kali 8 inci pada 19 hingga 20 Julai ini.
Peminat yang hadir turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dan yang lebih menarik masuk adalah percuma.
3) GSC Cinemas
Syarikat hiburan dan pengedaran filem, GSC Cinemas menganjurkan Football Final Viewing Watch Party bertempat di UP3 Rooftop, Melawati Mall pada 19 Julai bermula dari jam 6 petang hingga jam 6 pagi (20 Julai).
Dengan harga tiket RM26.50, pengunjung yang hadir akan menerima beg cenderamata eksklusif serta air berkobanat Coca Cola dan popcorn yang ‘free flow’.
Pengunjung bukan sahaja dapat menonton perlawanan akhir, malah berpeluang memenangi cabutan bertuah serta bermain beberapa aktiviti yang disediakan.
4) TGV Cinemas
Sebuah lagi syarikat hiburan dan pengedaran filem iaitu TGV Cinemas turut mengadakan Football Finale Watch Party di dua cawangannya iaitu TGV Aeon Mall AU2 dan TGV Aeon Mall Bukit Indah bermula jam 12 tengah malam pada 20 Julai sehingga tamat perlawanan akhir.
Turut menyediakan minuman Coca Cola dan popcorn ‘free flow’, TGV juga akan memberikan beg cenderamata eksklusif buat pengunjung yang turut berpeluang memenangi official merchandise.
Selain itu, pengunjung boleh melakukan beberapa aktiviti menarik termasuklah shootout challanger, perlawanan video di PS5 dan banyak lagi.
5) Mamak
Kalau sebut pasal lokasi panas untuk menonton perlawanan bola sepak, sudah tentu kedai mamak menjadi sebutan dan rebutan ramai.
Kedai mamak juga sudah sebati dalam diri rakyat Malaysia yang dijadikan sebagai ‘hot spot’ untuk mereka menonton bola.
Suasananya yang meriah ditambah pula dengan hidangan yang menyelerakan menjadikan kedai mamak sebagai antara lokasi kegemaran ramai untuk menonton bola bersama rakan dan keluarga.
Jadi, korang rasa siapakah yang bakal memenangi perlawanan akhir nanti sekaligus bergelar juara Piala Dunia 2026? Jangan lupa rasai suasana final di lokasi-lokasi ini.