Skip to main content

Temubual/Temuramah

Bukan Mudah Berjuang Di Perantauan, Kisah Aisyah Dari Semporna Buat Ramai Tersentuh

Bukan Mudah Berjuang Di Perantauan, Kisah Aisyah Dari Semporna Buat Ramai Tersentuh

Sekilas

  • Aisyah, pelajar Asasi Sains Sosial dari UniSZA asal Semporna, Sabah, berkongsi cabaran berjauhan dari keluarga dan kekangan kewangan sepanjang menuntut ilmu.
  • Dia menulis surat motivasi kepada dirinya sendiri untuk terus kuat dan percaya bahawa pengorbanan hari ini akan membuahkan hasil pada masa depan.
  • Melalui program Santun Pelajar Mekdi, McDonald’s Malaysia membantu pelajar seperti Aisyah dengan menyediakan makanan agar mereka dapat fokus belajar tanpa risau tentang kelaparan.
Advertisement

Bukan mudah bagi seorang pelajar untuk berjauhan dengan keluarga buat sementara waktu demi menuntut ilmu dan mengejar cita-cita.

Begitu juga situasi yang berlaku untuk seorang pelajar dari Semporna, Sabah iaitu Aisyah yang kini menuntut pengajian di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Advertisement

Aisyah atau nama sebenarnya, Rosneaisyah Robin yang merupakan pelajar Asasi Sains Sosial terpaksa berjauhan dari pangkuan ibu dan bapa, selain perlu berjimat dengan keadaan kewangan yang sekadar cukup untuk meneruskan kehidupan di universiti.

Aisyah sendiri mengakui ada ketikanya dia berasa terlalu penat untuk bertahan dan pernah terfikir untuk mengalah serta meninggalkan impian yang sedang dikejar.

Bagaimanapun, Aisyah memilih untuk terus bertahan dan meneruskan pelajaran demi mengejar impiannya.

Advertisement

Menerusi sebuah video pendek, Aisyah dilihat sedang menulis sebuah surat yang menitipkan kata-kata semangat agar dirinya tidak pernah melupakan sebab dia memulakan perjalanan tersebut.

Kata Aisyah, walaupun berdepan kesukaran, dia percaya setiap pengorbanan yang dilakukan hari ini pasti akan membuahkan hasil suatu hari nanti.

Berikut merupakan kandungan menyentuh hati surat Aisyah kepada diri sendiri:

“Dari Aisyah untuk Aisyah di masa hadapan,

“Hi Aisyah, kalau kau tengah baca ni maknanya kau dah 26 tahun, aku harap masa ni hidup kau dah jauh lebih baik daripada sekarang.

“Sebab sekarang ni honestly memang susah nak bertahan sampai habis graduate. Jauh dari mak dan bapa, duit pun cukup cukup makan je.

“Kadang tengok orang lain aku rasa down juga, sampai pernah terfikir nak give up. Tapi aku pilih untuk stay.

“Sebab aku percaya setiap kali aku ikat perut, semua air mata, semua yang aku lalui sekarang one day nanti mesti berbaloi.

“Ingat tak Aisyah masa umur empat tahun dahulu, kecik je tapi berani, ceria dan selalu percaya dia boleh buat apa sahaja.

“So Aisyah, aku janji tak akan putus asa. Dont lose your spark okay?” coretnya sebak.

Dalam surat yang sama, Aisyah turut memaklumkan dia menerima bantuan menerusi program Santun Pelajar Mekdi yang menyokong pelajar-pelajar dalam meneruskan pengajian.

Bagi Aisyah, bantuan berupa makanan itu mungkin kelihatan kecil bagi sesetengah orang, namun cukup besar maknanya buat dirinya yang sedang berjuang untuk bertahan.

“Oh ya, hari ini team mcd bantu aku dengan makanan, nampak macam benda kecil tapi bagi aku sangat bermakna.

“At least aku boleh teruskan belajar tak payah risau pasal makan. Yang benar, Aisyah yang dulu,” tulisnya.

Kisah Aisyah menjadi gambaran bahawa di sebalik seorang pelajar yang hadir ke kelas dan mengejar kejayaan, ada pengorbanan yang mungkin tidak dilihat oleh sesiapa.

 

 Melalui program Santun Pelajar Mekdi, McDonald’s Malaysia bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hadir menyokong pelajar yang memerlukan agar mereka dapat meneruskan perjalanan akademik tanpa perlu belajar dalam kelaparan.

 

Kerana bagi sesetengah pelajar, satu hidangan bukan sekadar makanan, tetapi menjadi sedikit kekuatan untuk mereka terus melangkah dan percaya bahawa impian itu masih boleh dicapai.

Tiada siapa sepatutnya belajar dalam kelaparan dan di sebalik setiap pelajar seperti Aisyah, ada sebuah impian yang sedang diperjuangkan.

Anda mungkin berminat dengan

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Must Watch Video

Advertisement