Skip to main content

Sukan

Dulu Anak Murid, Kini Jadi Lawan! Lionel Scaloni Cabar Luis de la Fuente Di Perlawanan Akhir Piala Dunia 2026

Piala Dunia 2026

Sekilas

  • Final Piala Dunia FIFA 2026 menyaksikan pertemuan antara Lionel Scaloni dari Argentina dan mentornya, Luis de la Fuente dari Sepanyol.
  • Scaloni pernah mengikuti kursus kejurulatihan yang dikendalikan oleh De la Fuente pada 2017 sebelum membina kerjaya sebagai jurulatih.
  • Perlawanan akhir ini bukan sahaja pertembungan dua negara, tetapi juga simbolik antara guru dan bekas anak murid yang kini bersaing merebut trofi juara dunia.
Advertisement

Final Piala Dunia FIFA 2026 menyaksikan pertemuan antara bekas anak murid dan guru apabila pengendali Argentina, Lionel Scaloni bakal berdepan mentornya sendiri iaitu Luis de la Fuente yang kini membimbing skuad kebangsaan Sepanyol.

Pertembungan di MetLife Stadium itu bukan sekadar perlawanan untuk kedua-dua jurulatih itu memburu gelaran juara dunia, malah menjadi medan istimewa yang mengimbau kembali perjalanan Scaloni sewaktumula menapak dalam dunia kejurulatihan.

Advertisement

Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Scaloni pernah mengikuti kursus kejurulatihan yang dikendalikan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) di Las Rozas sekitar tahun 2017.

Ketika itu, De la Fuente merupakan antara tenaga pengajar yang membimbing Scaloni selepas bekas pertahanan Argentina itu mengambil keputusan untuk menggantung but dan mula membina kerjaya baharu sebagai jurulatih.

Malah, sebelum ini Scaloni juga pernah mengakui beliau banyak menimba ilmu daripada De la Fuente sepanjang mengikuti kursus tersebut dan sentiasa menghormati bekas mentornya itu.

Advertisement

Malah, De la Fuente juga sentiasa memuji kejayaan Scaloni yang berjaya membentuk Argentina menjadi antara pasukan paling digeruni dunia sejak mengambil alih jawatan ketua jurulatih pada 2018.

Selepqs hampir sedekad, kedua-dua jurulatih hebat itu kembali berjumpa namun bukanlah sebagai anak murid dan guru tetapi sebagai dua dua pengendali yang bakal menentukan siapakah yang bakal pulang membawa trofi keramat Piala Dunia 2026.

Perlawanan akhir kali ini juga menunjukkan bahawa ianya bukan sekadar pertembungan dua negara tetapi turut menghidangkan kisah simbolik antara seorang guru dan bekas anak murid.

Jangan lupa saksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2026 pada 20 Julai. jam 3 pagi (waktu tempatan).

Sumber: Reuters

Anda mungkin berminat dengan

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Team Icon 25 Jersey Men Grey JN6985

adidas Football Team Icon 25 Jersey Men Grey JN6985

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots

ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots

Jordan Club Hat

Jordan Club Hat

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Must Watch Video

Advertisement