Sekilas
- Amir Daniel Abdul Majeed menang pingat emas pertama Malaysia dalam acara judo kategori 81kg lelaki di Sukan Komanwel Glasgow 2026.
- Atlet berusia 21 tahun itu menewaskan lawan dari Afrika Selatan, Timothy Meuwson, dengan keputusan 10-0.
- Pencapaian ini menjadikan jumlah pingat emas Malaysia meningkat kepada lapan, melepasi rekod tujuh emas pada edisi 2022.
Atlet judo negara, Amir Daniel Abdul Majeed, menghadiahkan pingat emas pertama negara dalam sukan judo sekali gus kilauan emas kelapan buat kontinjen negara menerusi acara judo kategori 81kg lelaki, Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Atlet berusia 21 tahun itu menewaskan lawan dari Afrika Selatan, Timothy Meuwson, 10-0.
Pencapaian mengumpul lapan pingat emas itu menyaksikan Malaysia mengatasi pencapaian edisi 2022 dengan tujuh emas.