Skip to main content

Antarabangsa

Jetson Air Games Perkenal Perlumbaan Kereta Terbang Pertama Di Dunia

cvccv

Dunia teknologi sekali lagi mencipta kejutan apabila perlumbaan kereta terbang pertama di dunia akhirnya menjadi kenyataan. 
 

Acara yang dinamakan Jetson Air Games itu diibaratkan seperti ‘Formula One versi langit’. 

Advertisement

Menerusi rakaman yang tular memaparkan empat buah kenderaan terbang bersaing sengit di ruang udara dalam trek berpusing. 

Perlumbaan bersejarah itu diadakan di UP.Summit, Texas, disertai juruterbang profesional termasuk Tomasz Patan, pengasas bersama Jetson yang turut bertanding.

“Suasana memang luar biasa. Ini saat membanggakan buat kami dan bukti Jetson sudah bersedia membuka lembaran baharu dalam dunia penerbangan,” katanya.

Menurut laporan antarabangsa, semua juruterbang mengemudi Jetson One, pesawat elektrik peribadi yang mampu mencecah kelajuan maksimum 102 kilometer sejam dengan jarak perjalanan sekitar 32 kilometer bagi satu cas penuh.

Walaupun perlumbaan ini sekadar percubaan, namun sambutan luar biasa daripada peminat di seluruh dunia membuktikan masa depan sukan udara semakin hampir.

“Inilah yang dijanjikan sejak tahun 80-an! Kami nak tengok lagi,” tulis seorang pengguna media sosial teruja.

Selain perlumbaan individu, acara itu turut menampilkan formasi empat pesawat terbang serentak, sekali gus mencatat sejarah baharu dalam arena penerbangan peribadi.

Setakat ini, pihak Jetson belum mengumumkan lokasi dan tarikh perlumbaan seterusnya, namun peminat sudah tidak sabar menantikan pusingan baharu sukan ekstrem berteknologi tinggi itu.

Sumber: Daily Mail
 

Must-Watch Video

Advertisement