Skip to main content

Artis Antarabangsa

Pamer Cincin, Ronaldo, Georgina Rodriguez Sah Kahwin

Pemain bola sepak tersohor dunia itu mengesahkan telah berkahwin dengan pasangannya, Georgina Rodriguez menerusi perkongsian foto mereka memakai cincin perkahwinan yang sangat sederhana.

Sekilas

  • Cristiano Ronaldo mengesahkan telah berkahwin dengan Georgina Rodriguez melalui perkongsian foto cincin perkahwinan mereka.
  • Mereka dipercayai melangsungkan perkahwinan pada 11 Ogos 2026 secara intim di Carcais, Portugal, bersama lima anak mereka.
  • Majlis perkahwinan berlangsung tanpa gangguan paparazi dan dipercayai diadakan di kediaman Ronaldo.
Advertisement

Selepas beberapa minggu spekulasi bertebaran dan beberapa kali peminat ‘tertipu’, Cristiano Ronaldo akhirnya mengesahkan telah berkahwin.

Pemain bola sepak tersohor dunia itu mengesahkan telah berkahwin dengan pasangannya, Georgina Rodriguez menerusi perkongsian foto mereka memakai cincin perkahwinan yang sangat sederhana.

Advertisement

Menerusi perkongsian di media sosial itu, pasangan tersebut dipercayai telah berkahwin pada 11 Ogos 2026, sekitar satu tahun selepas mereka bertunang.

Ronaldo dan Rodriguez juga diketahui menjalani upacara perkahwinan mereka dalam keadaan sangat intim dengan dihadiri lima anak mereka di Carcais, Portugal, lapor  Marca.

Bagaimanapun  butiran mengenai lokasi perkahwinan mereka tidak dapat disahkan, namun Ronaldo dan Rodreguez dipercayai berkahwin di mahligai milik atlet tersebut.

Lebih menarik, majlis perkahwinan mereka juga jauh daripada gangguan paparazi dan kamera atau perhatian seperti yang selalu mereka dapatkan baik di padang bola mahupun aktiviti harian.

Sebelum ini, khabar perkahwinan Ronaldo dan pasangan dijangka berlangsung pada minggu pertama dan kedua Ogos selepas bintang itu memberitahu mahu menamatkan zaman bujangnya selepas berakhir kempen Piala Dunia 2026.

Sejak itu media massa memainkan banyak laporan tentang majlis perkahwinan atlet berusia 41 tahun itu bersama bekas pekerja butik Gucci yang telah bersamanya selama 10 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement