Sekilas
- Muhammad Hafiz Hizan Rohizan atau Balau berjaya meraih emas kedua di Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dengan memecah rekod kejohanan dalam acara larian 23.78 saat.
- Kemenangan ini sangat bermakna kerana ia bertepatan dengan ulang tahun ke-11 Balau hidup tanpa tangan kiri.
- Balau mengucapkan terima kasih kepada jurulatih dan keluarga atas sokongan sepanjang persiapan, serta berkongsi rasa puas hati dengan pencapaiannya pada usia 29 tahun.
Atlet yang juga pempengaruh media sosial, Muhammad Hafiz Hizan Rohizan atau lebih dikenali sebagai Balau cemerlang apabila meraih emas kedua di kejohanan Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 pada Selasa.
Lebih manis, Balau juga berjaya memecah rekod kejohanan selepas menamatkan lafian dalam tempoh 23.78 saat (s).
Menerusi video yang dimuat naik Harimau Malaya, Balau menganggap kemenangan ini sangat istimewa ditambah pula ia hadir pada ulang tahun ke-11 dirinya hidup tanpa tangan kiri.
“Ia sebenarnya adalah untuk meraihkan diri saya kerana tahun ini adalah ulang tahun ke-11 saya tanpa tangan dan ia adalah hadiah untuk diri saya juga sebenarnya.
“Terima kasih diucapkan kepada jurulatih saya, ibu bapa saya. Sepanjang tiga bulan ini saya banyak berkorban dari segi masa dan komitmen sebagai pempengaruh.
“Saya rasa segala pengorbanan itu berbaloi dan sangat puas sebab saya dah berumur 29 tahun. Setiap pagi bangun tidur saya akan jadi tertanya-tanya, ‘Boleh ke saya buat yang terbaik?’.
“Alhamdulillah semua itu terjawab,” kongsinya.
Kejayaan itu menyaksikan Balau menambah koleksi emas peribadinya kepada dua pingat pada temasya kali ini selepas mengungguli acara 400m pada Isnin.
Sumber: TikTok, Bernama