Skip to main content

Selebriti

“Motivasi Untuk Abang-Abangku Yang Sedang Bermain Dengan Cucu” - Namron

“Motivasi Untuk Abang-Abangku Yang Sedang Bermain Dengan Cucu” - Namron

Sekilas

  • Pelakon Namron mengucapkan tahniah kepada Datuk Abdah Alif yang berkahwin dengan wanita berusia 20-an.
  • Namron mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut dan berseloroh perkahwinan itu memberi motivasi kepada lelaki sebaya beliau.
  • Perkahwinan Datuk Abdah Alif disahkan oleh adiknya selepas foto majlis perkahwinan tular di media sosial.
Advertisement

Pelakon, Namron tampil mengucapkan tahniah kepada lagenda bola sepak negara, Datuk Abdah Alif yang mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita berusia 20-an.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, 57, turut mendoakan agar pasangan berkenaan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Advertisement

“Tahniah Datuk. Semoga kekal bahagia ke anak cucu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Namron sempat berseloroh perkahwinan tersebut membuktikan tiada yang mustahil dalam kehidupan, selain menjadi pemangkin semangat buat golongan lelaki yang sebaya dengannya.

“Motivasi untuk abang-abangku yang sedang bermain dengan cucu-cucu. Abang pun boleh!” katanya.

Advertisement

Sebelum ini, nama lagenda bola sepak negara, Datuk Abdah Alif menjadi perhatian selepas foto perkahwinan yang didakwa memaparkan dirinya bersama seorang wanita muda tular di media sosial.

Foto berkenaan memaparkan individu yang didakwa sebagai Abdah, 72, bergambar bersama seorang wanita berusia 20-an yang dipercayai pasangannya dalam persalinan serba putih pada sebuah majlis perkahwinan.

Bagaimanapun, persoalan mengenai status perkahwinannya terjawab selepas adiknya, Datuk Yunus Alif mengesahkan bahawa abangnya itu telah selamat mendirikan rumah tangga.



 

Anda mungkin berminat dengan

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

Plus Size 40-100kg Wide leg plaid long pants women casual pants new Korean style Seluar Panjang Perempuan

Must Watch Video

Advertisement