Skip to main content

Sukan

Penantian Berakhir, Azizulhasni Awang Sebak Terima Mesej KBS,MSN - “Saya Berlatih Dengan Minda Yang Kosong…”

Penantian Berakhir, Azizulhasni Awang Sebak Terima Mesej KBS,MSN - “Saya Berlatih Dengan Minda Yang Kosong…”

Sekilas

  • Datuk Azizulhasni Awang mengesahkan khidmatnya masih diperlukan untuk misi Sukan Olimpik Los Angeles 2028 selepas menerima pengesahan daripada KBS dan MSN.
  • Azizulhasni berkongsi bahawa penantian pengesahan tersebut memberi kesan emosi sehingga mengganggu sesi latihannya.
  • Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan moral yang membantu beliau terus bersemangat untuk berjuang demi negara.
Advertisement

Penantian akhirnya berakhir, pelumba trek negara, Datuk Azizulhasni Awang gagal menahan sebak apabila menerima mesej pengesahan daripada pihak Kementerian Belia Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bahawa khidmatnya masih diperlukan untuk meneruskan misi ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Menerusi perkongsian di Threads, Azizulhasni berkata penantian tersebut amat menggangu dirinya sehingga menyebabkan dia terkesan ketika sedang berlatih.

Advertisement

“Tepat pada hari kemerdekaan yang ke-69, saya buka emel di trek selepas sesi latihan selepas seminggu. Sepanjang minggu ini saya tak boleh berlatih. Saya pergi berlatih dengan minda yang kosong.

“Saya terima emel dari KBS dan MSN yang mereka masih memerlukan khidmat saya. Saya tunggu daripada sebelum saya pergi Komanwel lagi. Alhamdulillah saya dapat jawapan itu.

“Tiada siapa yang akan faham perasaan ini kalau awak tak pernah melalui perkara ini. Hanya atlet sejati dan orang berkorban untuk negara sahaja faham,”tulisnya.

Advertisement

Dalam masa sama, juara dunia keirin 2017 itu turut merakamkan penghargaannya buat seluruh rakyat Malaysia yang banyak membantu dirinya, malah sokongan tersebut telah memberi kesan yang positif padanya.

“Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Saya tak minta seorang pun untuk tolong saya tetapi saya sangat berterima kasih pada ribuan rakyat Malaysia yang membantu saya walaupun hanya melalui teks dan komen.

“Banyak memberi impak besar kepada saya. Alhamdulilah syukur Allah bantu saya dan kita semua. Insyaallah seperti biasa, saya akan buat yang terbaik untuk negara dan semua,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Heritage Small Hip Pack - Black [DB0488-010]

Nike Heritage Small Hip Pack - Black [DB0488-010]

Nike Dri-FIT Men's Total 90 Soccer Jersey - White [IB4219-100]

Nike Dri-FIT Men's Total 90 Soccer Jersey - White [IB4219-100]

Puma Unisex Adults Puma Shoe Care Suede 19 (Black/White) - Sports Direct One Size

Puma Unisex Adults Puma Shoe Care Suede 19 (Black/White) - Sports Direct One Size

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Everlast Unisex Adults Bronx Backpack (Black) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Bronx Backpack (Black) - Sports Direct One Size

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Must Watch Video

Advertisement