Skip to main content

Bola Sepak

Stadium MetLife Bukan Biasa-Biasa, Ini Fakta Menarik Tentang Lokasi Final World Cup 2026

Metlife stadium

Sekilas

  • Perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 antara Sepanyol dan Argentina akan berlangsung di Stadium MetLife, New Jersey, Amerika Syarikat pada 19 Julai.
  • Stadium MetLife adalah stadium terbesar kejohanan dengan kapasiti 82,500 penonton dan telah diubah suai untuk memenuhi piawaian FIFA termasuk penggantian rumput tiruan kepada rumput asli.
  • Selain sukan, stadium ini terkenal dengan pelbagai pilihan makanan menarik seperti Nashville Hot Chicken Sandwich dan Colombian Hot Dog, serta pernah menjadi tuan rumah acara besar lain seperti Super Bowl dan konsert BTS.
Advertisement

Perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 pada 19 Julai ini bakal menyaksikan pertarungan dua nama gergasi iaitu Sepanyol menentang Argentina.

Perlawanan itu dijadualkan berlangsung di Stadium MetLife yang terletak di East Rutherford, New Jersey, Amerika Syarikat.

Advertisement

Lebih hebat lagi, stadium tersebut bukanlah stadium ‘biasa biasa’, sebaliknya memiliki keistimewaan tersendiri.

Berikut merupakan fakta menarik tentang stadium bersejarah itu.

Lokasi Strategik: Terletak hanya kira-kira 8 kilometer dari pusat bandar New York City

Kapasiti Mega: Ia adalah stadium terbesar yang digunakan sepanjang kejohanan ini, mampu memuatkan sekitar 82,500 penonton

Naik Taraf Spesifikasi FIFA: Untuk memenuhi piawaian saiz padang antarabangsa, pengubahsuaian struktur dilakukan termasuk membuang sudut tempat duduk dan memasang sistem tribun modular bagi membolehkan padang dilebarkan.

Penggantian Rumput: Rumput tiruan yang biasanya digunakan oleh pasukan bola sepak American NFL (New York Giants dan New York Jets) ditukar sementara kepada rumput asli (jenis Bermuda) yang didatangkan khas dari North Carolina sepanjang kejohanan berlangsung

Venue Pelbagai Acara: Sebelum menganugerahkan perlawanan kemuncak Piala Dunia 2026, stadium ini pernah menjadi tuan rumah acara sukan berprestij lain seperti Super Bowl XLVIII (2014), Final Copa America Centenario (2016), dan Final Piala Dunia Antarklub FIFA 2025 dan juga konsert BTS.


Makanan Best: Selain aksi bola sepak, Stadium MetLife turut terkenal dengan pilihan makanan yang pelbagai. Antara menu yang menjadi kegemaran pengunjung ialah Nashville Hot Chicken Sandwich yang rangup dan dihidangkan bersama coleslaw.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati Colombian Hot Dog (Ripper Dog) dengan salsa nanas panggang, Citrus Crema Chicken Tacos, lobster roll, pretzel pedas, hot dog daging, serta loaded nachos. Pilihan minuman sejuk turut menjadi antara yang paling laris sepanjang hari perlawanan.

Kemuncak kejohanan: Stadium ini menjadi kemuncak kejohanan Piala Dunia terbesar dalam sejarah dengan penyertaan 48 pasukan.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Manchester City 25/26 Authentic Away

Manchester City 25/26 Authentic Away

Harimau Malaya 2025 Jersey Youth

Harimau Malaya 2025 Jersey Youth

Decathlon Men's Quick-Dry Football Shorts: Lightweight Training

Decathlon Men's Quick-Dry Football Shorts: Lightweight Training

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Must Watch Video

Advertisement