Skip to main content

Syamel Minta Peminat Jangan Kecam Kelly Azman, Ucap Terima Kasih Cover Lagu 'Hamba Cinta' - "Penghayatan, Vokal Itu Subjektif"

Astro Gempak syamel kelly

Sekilas

  • Syamel memberi reaksi positif terhadap cover lagu Hamba Cinta oleh Kelly Azman dan menghargai usaha tersebut.
  • Beliau menganggap penghayatan dan vokal adalah subjektif dan berbeza mengikut citarasa masing-masing.
  • Syamel mengajak peminat untuk tidak mengutuk dan menghormati perbezaan gaya penyampaian terutama pada bulan Ramadan.

Penyanyi Syamel akhirnya tampil memberi reaksi terhadap persembahan semula lagu Hamba Cinta oleh Kelly Azman yang sebelum ini mengundang pelbagai komen dalam kalangan netizen.

Dalam kenyataannya, Syamel tidak melatah, sebaliknya memilih untuk melihat perkara tersebut dari sudut positif dengan menghargai usaha Kelly yang memilih lagunya untuk dinyanyikan semula.

“Saya berterima kasih kepada abang Kelly kerana memilih untuk cover lagu Hamba Cinta, daripada rangkaian lagu yang saya ada. Itu saya patut berikan kredit kepadanya," kata Syamel.

Menurut Syamel, soal penghayatan dan vokal adalah perkara yang subjektif dan bergantung kepada citarasa masing masing.

“Cuma daripada segi penghayatan dan vokal, ia subjektif. Saya ada citarasa sendiri yang mana saya suka suara, cara nyanyian dan penghayatan yang bagaimana. Tak semestinya saya harus sehaluan dengan Kelly. Ada yang suka, ada yang tidak. Biar saya saja tahu saya di bahagian yang mana," tambahnya.

Dalam masa sama, Syamel mengakui perbezaan gaya penyampaian antara dirinya dan Kelly, malah secara terbuka menyatakan kesediaan untuk belajar jika perlu.

“Terima kasih kerana sudi menyanyikan lagu Hamba Cinta. Saya setuju penghayatan kami berbeza. Kelly mungkin jauh ke hadapan, saya mungkin tak terlalu mendalam, mungkin kita harus berjumpa untuk kupaskan kepada saya. Saya pun perlu belajar," ujarnya lagi.

Isu tersebut turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat, termasuk dakwaan kononnya lagu berkenaan telah 'dirosakkan'. Namun Syamel menyeru agar peminatnya tidak terbawa bawa dengan kecaman.

“Merosakkan lagu? Kepada peminat saya sayangi, duduk dengar, jangan kutuk atau kecam. Kalau tak suka swipe, jaga tutur kata pada bulan Ramadan ni. Saya tak terasa, saya berterima kasih. Cuma saya nak tahu apa maksud abang Kelly 'penghayatan kita berbeza'?" nasihat Syamel.

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must-Watch Video

Advertisement