Skip to main content

Selebriti

Teka-Teki Terjawab! Amira Othman Sahkan Sedang Hamil Anak Pertama, Usia Kandungan Hampir 7 Bulan - “Dijangka Melahirkan Sekitar…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Amira Othman mengesahkan dirinya sedang hamil hampir 30 minggu dan dijangka melahirkan pada penghujung Jun atau awal Julai.
  • Amira memilih untuk merahsiakan berita kehamilan pada awalnya bagi mengelakkan perkara tidak diingini dan hanya mengalami alahan teruk pada trimester pertama.
  • Spekulasi kehamilan Amira mula timbul selepas penampilannya yang menampakkan ‘baby bump’ ketika majlis Hari Raya baru-baru ini.

Teka-teki mengenai penyanyi, Amira Othman terjawab apabila isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu mengesahkan dirinya sedang hamil.

Menurut Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, usia kandungannya ketika ini sudah hampir 30 minggu dan dijangka melahirkan sama ada penghujung Jun ataupun awal Julai.

“Hari ini saya kongsikan bahawa memang saya sedang hamil selama 30 minggu. Alhamdulillah, saya mohon doa dari kalian agar dipermudahkan urusan kandungan serta urusan bersalin saya.

“Semua ini adalah rezeki dan saya rasa hari ini adalah hari terbaik untuk saya umumkan sebab saya pun dah tak boleh nak sorok perut saya.

“Saya dijangka melahirkan samada pada penghujung Jun atau pada awal Julai,”katanya kepada Gempak.

Ujar Amira, dia tidak berniat untuk merahsiakan mengenai berita gembira itu sebelum ini. Jelasnya, dia memilih untuk tidak  berkongsi kerana mahu mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

“Tiada niat untuk saya sorokkan berita gembira ini. Sebagai seorang Islam, perkara yang baharu jadi seeloknya kita tidak kongsikan dahulu demi mengelakkan pelbagai perkara,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, pelantun lagu Hati-Hati ini memaklumkan bahawa dia hanya mengalami alahan teruk pada trimester pertama namun bersyukur segalanya dipermudahkan.

“Saya hanya alami alahan teruk pada trimester pertama namun tidak mengidam apa-apa yang pelik,” ujarnya.

Sebelum ini spekulasi mengenai kehamilan Amira mula menjadi buah mulut peminat apabila penampilannya yang didakwa jelas menampakkan ‘baby bump’ ketika menghadiri sebuah majlis Hari Raya baru-baru ini.

Amira bagaimanapun belum mahu mengulas lanjut mengenai spekulasi itu namun meminta ramai untuk mendoakan kesihatannya.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 di Sepang, Selangor.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement