Skip to main content

Selebriti

Terlalu banyak Kebencian Di Media Sosial, Nabila Huda Pesan Jangan Cari Salah Orang - “Ramai Yang Makin Sakit…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa terkilan melihat kebencian yang semakin meluas di media sosial.
  • Dia berkongsi pengalaman trauma zaman kanak-kanak yang mengajarnya untuk tidak menghakimi atau mencari salah orang lain.
  • Nabila menasihatkan orang ramai supaya bermuhasabah diri dan terus fokus mengejar impian tanpa menghiraukan kata-kata negatif.

Pelakon, Nabila Huda meluahkan rasa terkilan selepas melihat terlalu banyak kebencian yang disebarkan melalui platform media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Nabila tertanya bagaimana masa silam seseorang boleh memberi kesan kepada sifat mereka sehingga sanggup bertindak sedemikian.

“Dalam era media sosial, ramai yang makin sakit. Terlalu banyak sangat kebencian. Saya selalu tertanya bagaimana orang dibesarkan.
 

“Bagi saya, trauma zaman kanak-kanak saya telah mengajar saya pelbagai perkara. Jangan menghakimi cari salah orang dan betulkan hidup orang lain,”tulisnya.

Dalam masa sama, Nabila berpesan agar orang ramai sentiasa bermuhasah diri dan tidak mencari salah orang lain kerana  tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup seseorang pada masa akan datang.

“Babe, awak tak tahu bagaimana hidup akan datang pada awak. Jadi, bersedia sahajalah. Saya dah pernah melalui perkara tersebut dan merasainya sendiri. Sebab itu saya tak mahu dengar bunyi yang bising. 

“Awak tiada dalam perjalanan saya dan saya akan terus maju melangkah sambil menerokai karakter serta mengejar impian saya,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement