Skip to main content

Selebriti

Tewas Pada Sepanyol, Lionel Messi Mahu Ambil Masa Untuk Sembuh Dari Kekecewaan - "Kesedihan Saya Amat Mendalam"

Tewas Pada Sepanyol, Lionel Messi Mahu Ambil Masa Untuk Sembuh Dari Kekecewaan - "Kesedihan Saya Amat Mendalam"

Sekilas

  • Kapten Argentina, Lionel Messi, meluahkan kekecewaan selepas tewas 1-0 kepada Sepanyol dalam final Piala Dunia 2026.
  • Messi menghargai kenangan dan sokongan padu penyokong walaupun sukar untuk 'move on' dari kekalahan tersebut.
  • Argentina mencipta sejarah mara ke final Piala Dunia dua edisi berturut-turut walaupun gagal mempertahankan gelaran juara.
Advertisement

Kapten Argentina, Lionel Messi meluahkan rasa kecewa apabila kumpulannya gagal merangkul Juara Piala Dunia 2026 selepas tewas 1-0 dengan Sepanyol, baru-baru ini.


 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Instagram, Messi berkata dia menghargai segala kenangan yang dilaluinya meskipun perlu mengambil masa untuk 'move on' daripada kekalalahan tersebut.


 

"Kesedihan yang saya rasakan amat mendalam dan pastinya akan mengambil masa untuk sembuh daripada kekecewaan ini. Namun, saya juga memilih untuk menghargai segala kenangan indah yang telah kami lalui.


 

"Saya akan sentiasa mengingati setiap perlawanan yang berjaya kami harungi dengan semangat juang yang tinggi. Momen-momen itu akan kekal terpahat dalam ingatan kami selama-lamanya.


 

"Sokongan padu daripada seluruh rakyat, dengan kerja keras dan pengorbanan pasukan ini, membolehkan kami sekali lagi berdiri sebagai antara pasukan terbaik di dunia.


 

"Ketika ini mungkin sukar untuk menghargai apa yang telah kami capai, namun hakikatnya pasukan ini berjaya mara ke dua pentas akhir Piala Dunia secara berturut-turut,"tulisnya.


 

Dalam masa sama, Messi turut merakamkan penghargaan kepada seluruh penyokong Argentina yang tidak pernah putus memberikan sokongan kepada pasukan gergasi bola sepak itu.


 

"Terima kasih yang tidak terhingga daripada lubuk hati saya kepada semua atas setiap ucapan, doa dan mesej sokongan yang diberikan.


 

"Sekali lagi, kita berjaya bersatu sebagai sebuah negara dan bersama-sama berkongsi rasa bangga menjadi rakyat Argentina. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Sepanyol atas kejayaan muncul sebagai juara,"ujarnya.


 

Terdahulu, Argentina terpaksa akur muncul naib juara selepas tewas kepada Sepanyol dalam aksi final, sekali gus gagal mempertahankan gelaran yang dimenangi pada edisi 2022 di Qatar


 

Walaupun pulang tanpa trofi, Argentina tetap mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mara ke pentas final Piala Dunia buat dua edisi berturut-turut, sekali gus mengukuhkan status sebagai antara kuasa besar bola sepak dunia.



 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Must Watch Video

Advertisement