THSS: Main Sihir? Aisha Retno Dakwa 'Diganggu' Senior Sepanjang Bertanding - "Saya Sedih, Sempat Mengidolakan ..."
Ainun
15/07/2024 23:55 MYT
15/07/2024 23:55 MYT
Penyanyi Aisha Retno memberitahu kehadirannya dalam pertandingan realiti itu tidak disenangi oleh semua pihak.
Malah, jelas Aisha, 20, ada individu yang 'mengganggu' dirinya sepanjang 10 minggu bertanding di pentas The Hardest Singing Show.
“Saya sedikit tertekan bila ada pihak yang menunjukkan kedengkian mereka terhadap saya sejak saya mula melangkah dalam industri muzik.
“Lama-kelamaan saya boleh nampaklah yang ada orang tidak berpuas hati dengan saya dan memang ia menganggu mental serta fizikal saya sepanjang pertandingan.
"Apabila masalah itu datang, saya cepat-cepat cuba untuk tidak berfikir tentang masalah itu kerana ia akan kacau mental saya. Tapi alhamdulillah saya masih boleh menjalani kehidupan harian seperti biasa.
“Jika masalah itu berulang, saya akan mengambil nasihat dari rakan selebriti saya. Selagi kita mencuba untuk terus berjaya, selagi itu ada yang goyang dengan melihat pencapaian kita.
“Tak semua orang sentiasa baik dengan kita. Itu je yang saya mampu cakap sekarang ini,” katanya kepada Gempak.

Main sihir?
Ditanya tentang permainan sihir dalam gelanggang pertandingan, Aisha mengambil pendekatan untuk tidak memikirkan hal itu terlalu mendalam.
"Wallahualam… saya tak boleh kata apa-apa. Mungkin segala perubahan ini datang dari diri saya sebab tak cukup rehat.
“Tapi alhamdulillah, saya bersyukur mempunyai ibu bapa yang tinggi ilmu agamanya Insya Allah. Jadi, saya meminta semua benda buruk itu dijauhkan," tambahnya.
Pernah idolakan
Biarpun tidak menyebut nama mana-mana pihak, penyanyi yang popular dengan lagu Sutera itu secara umumnya memberitahu dirinya pernah mengidolakan individu berkenaan.
“Saya sempat mengidolakan mereka tapi bila saya dapat tahu dia cuba untuk memburukkan saya, saya sedikit kecewa dengan dia.
BERITA TRENDING: THSS: Raih Naib Juara The Hardest Singing Show, Ayda Jebat Tumpang Gembira Kemenangan Aepul
BERITA TRENDING: THSS: Aepul Roza Berhabis RM60,000 Sepanjang Pertandingan, Ambil Risiko Berdrum 90 Darjah
BERITA TRENDING: THSS: Beza Markah Juara Vs Naib Juara Cuma 1.49%, Juri Kata Pusingan Battle Main Peranan Penting
BERITA TRENDING: THSS: Terapung Sambil Main Piano, Aisha Retno Raih Markah Tertinggi 93.20% Peratus, Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta
“Saya berasa sedih kerana tidak menyangka industri muzik Malaysia yang kecil ini masih ada masalah seperti itu. Apa yang boleh saya katakan adalah, ia berlaku sepanjang tahun ini,” ulas Aisha lagi.
Terdahulu, The Hardest Singing Show telah menobatkan Aisha yang mempertaruhkan lagu Hatinya Tak Tahan di pentas akhir di kedudukan keempat selepas Aepul Roza, Ayda Jebat dan Stacy.