PMTEPIKAKGEE
#PMTepiKakGee: “Saya Manusia, Bukan Robot” - Pelajar Bimbang Nak Hadapi Peperiksaan
Soalan:
Assalamualaikum Kak Gee. Masalah saya ialah belajar. Saya tahun ni SPM. Bulan 9 dah percubaan. Saya takut, risau dan gementar bila memikirkan benda ni. Saya cuba buat plan untuk belajar tapi selalu gagal. Saya dah bagi masa untuk belajar tapi tak tercapai. Kadang-kadang terfikir, bila dah belajar macam tak masuk, bila buat soalan SPM markah tak lebih pun. Jadi macam mana ya, Kak Gee? Ada tips tak?
Saya balik sekolah pukul 2.40 dah dan sampai rumah dah kul 3 lebih macam tu. Dengan kerja sekolah yang melambak lagi, nak ulang kaji lagi form 4 dan form 5. Saya manusia bukan robot. Saya juga perlukan rehat. Nak elak rasa malas pun kadang-kadang terikut godaan syaitan. Sekarang sukatan pelajaran dah lebih KBAT. Semua nak pakai esei. Saya esei pun ke laut. Ayat pun bukan power sangat.
Itu luahan hati saya. Saya harap Kak Gee bagilah tips belajar, buat jadual yang efektif dan bagi contoh untuk deal dengan perasaan rasa malas jiwa dan mental. Dan bagilah tahu lepas sekolah nak buat apa. Tolong sangat-sangat, Kak Gee.
Echa
Jawapan:
Waalaikumussalam Echa. Maafkan kak Gee terlepas pandang permasalahan yang Echa hadapi sebelum ini kerana terlalu banyak yang Kak Gee terima. Matapun pun berpinar. Terima kasih kerana sudi menghantar permasalah Echa sekali lagi. Kak Gee nak bagitahu Echa, semua masalah Echa ini ada jawapannya.
Buat masa sekarang, tugas Echa hanya tumpukan pada pelajaran dan peperiksaan yang Echa akan tempuhi. Jadi, perkara utama adalah Echa pastikan diri Echa sentiasa bersedia di dalam kelas (atau secara online) untuk berikan perhatian sepenuhnya dengan apa yang diajar. Tanya cikgu atau kawan-kawan mengenai perkara yang Echa tak faham. Jangan sesekali gunakan alasan, ‘Ah tak apa. Nanti aku tanyalah nanti’. Bila Echa bertangguh-tangguh, nanti Echa akan lupa apabila ada perkara baru yang perlu dipelajari dan diulang kaji.
Perancangan yang Echa buat untuk diri Echa mungkin tak sesuai menyebabkan Echa rasa gagal. Cuba dapatkan cara pembelajaran teman-teman sekelas Echa yang Echa tahu selalu mendapat markah tinggi di dalam kelas. Begitu juga dengan pembahagian masa untuk Echa belajar. Ianya perlu diperbaiki.
Tips yang selalu Kak Gee gunakan semasa belajar dulu adalah mendengar apa yang Cikgu ajar sambil menyalin nota-nota yang diberikan. Dengan cara itu, kita bukan sahaja mendengar, tetapi bila kita menyalin nota, secara langsung kita mengulang kaji sekali lagi dengan apa yang diajar oleh cikgu. Bila ada perkara yang tidak faham, Kak Gee akan letakkan tanda soalan supaya senang untuk ditanya kembali kepada cikgu untuk menghuraikan dengan lebih lanjut, atau mencari sumber-sumber lain di internet.
Betul, Echa bukan robot. Orang lain yang sekelas dengan Echa juga bukan robot. Semua yang akan mengambil peperiksaan SPM nanti juga bukan robot. Namun ada cara yang lebih baik untuk Echa mengulang kaji. Jika Echa rasa Echa tidak punya masa kerana pulang sekolah lewat, Echa boleh sahaja menggunakan masa sebaiknya semasa di sekolah untuk memahami pelajaran yang diajar.
Untuk mengatasi masalah malas itu sebenarnya datang dari diri Echa sendiri. Apa yang Echa ingin lakukan selepas tamat peperiksaan ini? Adakah Echa ingin menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan bagus, atau sekadar untuk masuk di mana-mana tempat pembelajaran biasa? Adakah Echa sangat inginkan menyambung pelajaran ke luar negara, atau cukup di dalam negara? Semua ini memainkan peranan penting untuk menentukan masa depan Echa. Ini juga termasuk dengan jawapan Kak Gee pada persoalan Echa untuk buat apa selepas habis peperiksaan.
Jadi fikirlah yang terbaik untuk diri Echa dan Kak Gee harap Echa dapat membuat keputusan yang terbaik. Walaupun ada segelintir yang mengatakan, ‘Alah, SPM saja’, tapi keputusan kita ketika berumur 17 tahun ini juga merupakan keputusan penting untuk kita pada masa hadapan. Salam sayang daripada Kak Gee!

Itu kisah Echa, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!


Must-Watch Video