#GempakVideoNews : Razzuan Rosli Selektif Kongsi Konten - "Sebab Ada Separuh Yang Tak Suka..."
Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Razzuan Rosli mula mendapat perhatian ramai selepas tular kebolehannya bertutur dalam bahasa Cina dengan baik sewaktu meniaga. Menurut Razzuan, dia mula bertutur dalam bahasa Cina sejak aktif berniaga bagi memudahkan urusan perniagaan.