Pelakon Mia Ahmad meminta semua mendoakan proses melahirkan anak pertamanya nanti berjalan dengan lancar.

Mia yang kini hamil lapan bulan berkongsi perasannya di akaun Instagram (IG) miliknya.

“Doakan saya a smooth delivery nanti ya?” tulisnya.

Dalam pada itu, Mia turut meluahkan rasa syukur kerana majlis kesyukuran untuk menyambut bayi sulungnya kemarin berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah terima kasih yang sudi hadir untuk majlis kesyukuran dan doa selamat #izhaMia .
“Feeling so loved and blessed!” katanya.

Menerusti entri tersebut dia turut memuat naik fotonya bersama dengan suami iaitu penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) Izham Tarmizi.

Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Foto: IG Mia Ahmad
Teks oleh: Syafiqah Jalal