Wanita yang mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine memberitahu dia enggan bertemu dengan aktres Ruhainies.

Kongsi Mesej Ruhainies Ajak Jumpa

Sarah turut memuat naik paparan skrin mesej daripada Ruhainies yang mengajaknya untuk bertemu bersama penyanyi dan pelakon Bella Astillah bagi menyelesaikan masalah antara mereka.

“Jom jumpa. Sejujurnya, saya rasa kita semua perlu hentikan semua ini. Mari berbahagia dan jujur ​​antara satu sama lain. Awak, Bella dan saya, mari duduk dan berbincang tentang bagaimana kita akan menamatkan ini dengan baik.

“Saya bersedia untuk berjumpa dengan semua orang. Mari bergembira dan mulakan hidup baru, InsyaAllah,” mesej Ruhainies kepada Sarah di Instagram.

Kenal Penulisan Aliff Aziz

Sempat menegur bahasa Inggeris teruk, Sarah berkata dia lebih mengenali Aliff dan mengetahui mesej yang dihantar itu ditulis oleh penyanyi Singapura tersebut.

“Awak tak tahu yang saya sangat mengenali Aliff, lebih dari apa yang awak kenal dia, untuk tahu yang ini adalah penulisan dia kan? Dan bahasa Inggeris awak teruk.

“Berhenti mencuba untuk memperbodohkan saya, jujur ia sangat memuakkan. Dia boleh mesej saya secara peribadi kalau dia mahu sebagaimana saya baru saja tidak lagi menyekatnya,” balas Sarah.

Tolak Untuk Bertemu

Dalam pada itu, Sarah juga memilih untuk menolak jemputan Ruhainies untuk bertemu disebabkan pelakon itu sudah banyak kali tidak bercakap benar.

“Saya beri awak peluang untuk bercakap jujur dengan saya sebanyak dua kali tapi awak tipu saya, dua kali. Apa yang membuatkan awak fikir yang saya akan percaya setiap apa yang awak cakap sekarang?

“Jadi untuk kenyataan saya terhadap permohonan maaf awak secara terbuka, masih tetap sama. Tidak, terima kasih. Assalammulaikum,” balasnya.

Terdahulu, Ruhainies tampil memohon maaf kepada Bella dan mengajak isteri kepada Aliff Aziz itu dan Sarah untuk bertemu bagi menyelesaikan masalah antara mereka.

BERITA TRENDING: Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”

BERITA TRENDING: Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”