Single terbaru, Tinggal Sejarah meninggalkan kenangan mendalam buat penyanyinya, Boh Sharif yang mencipta lagu tersebut ketika berada dalam penjara.
Jelasnya, dia mendapat ilham menghasilkan lagu itu pada tahun 2000. Lagu itu dianggap istimewa selepas timbul kesedaran dan keinsafan dalam diri ketika berada di sana.
"Lagu ini seperti saya meluahkan perasaan. Pada masa itu, saya cuma ketuk-ketuk di dalam sel gelap sehingga mendapat idea untuk menghasilkan lagu ini," katanya kepada Astro Gempak.
Sambungnya, dia yang berasal dari Singapura dikenakan penjara dalam sel gelap selama 2 minggu kerana kesalaan bergaduh di dalam penjara.
Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 25 tahun bersama 15 sebatan atas kesalahan mengedar dadah.
"Memang pada masa itu, saya tidak dapat buat apa-apa kerana suasana gelap. Cuma malam buka lampu dan juga pada watu makan buka lampu sekejap.
"Sampaikan nak pergi ke tandas pun kena meraba-raba. Apabila duduk seorang diri, macam-macam gambaran datang sehingga timbul kesedaran dan penyesalan lalu tercipta lagu ini," katanya.
Ujarnya, dia mempunyai 2 dan 3 lagu baru lain yang dihasilkan ketika dalam tirai besi itu sebelum dibebaskan pada tahun 2013.
"Bila saya keluar dari sel gelap itu, lirik lagu baru ini saya masih ingat dan kemudian saya tulis," katanya.
Anak kepada komposer Ahmad Wan Yet pada mulanya menyanyi sekadar suka-suka sebelum sebelum masuk penjara.
"Kalau buat kerja dalam penjara, saya boleh pinjam gitar. Jadi, saya siapkan kod dan kemudian pinjam gitar untuk main.
"Saya ingin berkongsi pengalaman saya berada di penjara dalam lagu ini. Sebelum ini saya tidak tahu dengan siapa saya mahu luahkan perasan sehingga memghasilkan lagu ini," katanya
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Gempak
Elrafaei Sapi
Thu Aug 16 2018
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.