Skip to main content

Budaya Popular

Suami Nak Belikan Mini Cooper, Tapi Mila Jirin Tak Nak.... Sebab Malas Memandu

milj_1.jpg
Advertisement
Penyanyi Mira Jirin atau nama sebenarnya, Norsyamilla Jirin, 31, menolak niat suaminya yang mahu membelikannya sebuah kereta Mini Cooper.

Pemenang rancangan realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima ini berkongsi perkara tersebut menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
 
 

Tanda Sokongan kepada YAYASAN ARTIS 1 MALAYSIA (YA1M) atau kini dikenali sebagai YAYASAN KEBAJIKAN ARTIS TANAH AIR (YKAT) saya dan suami beli plate Number ini A1 M174 . . Dah beli PENING tak tau nak letak mana plate tu ?...En suami nak belikan Mini Couper tapi Cik Isteri tak nak (hahahah sbb malas drive dan ada orang tu tak benarkan cik isteri drive kereta hahaha) @isz_mustapha . . so last last, fikir punya fikir cadangkan pada en Suami "Apa kata kita cari hobi baru" so terlahirlah ILHAM untuk kami beli #HarleyDavidson ni walaupun macam macam jenis Harley pi tengok sampai ke Melaka, Akhirnya #RoadKing jadi pilihan En Suami & cik isteri ON je ?‍♀️... #Alhamdulillah Rezeki ALLAH . . Jom rakan rakan selebrtiti lain, kita bagi sokongan pada YKAT dengan membeli PLATE Number A1M untuk YKAT mengumpul dana membantu anak seni dan rakan rakan yang memerlukan #InsyaAllah moga usaha MURNI YKAT dipermudahkan oleh Allah #Amin...

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on


Pelantun lagu Jika Kau Ubah Fikiran ini menolak cadangan suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 39, kerana tabiat Mila sendiri yang malas memandu dan pada masa yang sama, Ailis tidak memberi kebenaran kepada Mila untuk memandu kereta.

Cadangan itu datang ketika pasangan ini membeli nombor plat A1 M174 daripada Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan Artis 1 Malaysia) sebagai tanda sokongan.

Penyanyi yang kini bergelar usahawan perkahwinan menerusi bisnes Bizmilla Catering ini berkahwin dengan Ailis pada 11 November 2015.

Hasil perkahwinan Mila dan Ailis, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohd Arif Zikri pada 12 Mei 2017.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Mila

Must Watch Video

Advertisement