Skip to main content

Viral

Guna Semut Sebagai Hiasan Pencuci Mulut, Restoran Michelin Disiasat

Guna Semut Sebagai Hiasan Pencuci Mulut, Restoran Michelin Disiasat

Sekilas

  • Seorang pemilik restoran dua bintang Michelin di Seoul didakwa menggunakan semut import dari Thailand dan AS sebagai hiasan pencuci mulut tanpa kelulusan.
  • Restoran tersebut didakwa menghidangkan lebih 12,200 hidangan sorbet dengan semut selama hampir empat tahun, menjana pendapatan sekitar RM370,000.
  • Sampel semut yang digunakan didapati mengandungi paras logam berat sehingga 55 kali lebih tinggi daripada spesies serangga yang dibenarkan di Korea Selatan.
Advertisement

Pemilik sebuah restoran bertaraf dua bintang Michelin di Seoul, Korea Selatan berdepan tindakan pendakwaan selepas didakwa menggunakan semut yang diimport dari Thailand dan Amerika Syarikat (AS) sebagai hiasan dalam hidangan pencuci mulut.

Menurut Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah Korea Selatan, pihak berkuasa mula mengesan penggunaan bahan berkenaan selepas melihat gambar pencuci mulut yang dihiasi semut dimuat naik di media sosial.

Advertisement

Hasil siasatan kemudian membawa kepada pengenalpastian restoran terbabit, namun nama premis dan lokasi tepatnya tidak didedahkan kepada umum.

Peraturan makanan Korea Selatan ketika ini hanya membenarkan 10 spesies serangga untuk digunakan dalam produk makanan komersial, termasuk belalang dan cengkerik.

Sebelum sesuatu spesies serangga diluluskan untuk kegunaan makanan, ia perlu melalui penilaian meliputi aspek keselamatan makanan, tahap toksik, nilai pemakanan serta piawaian kebersihan dalam proses penternakan dan pemprosesan.

Pendakwa raya mendakwa pemilik restoran itu mengimport produk berasaskan semut dari Thailand dan AS sejak 2021 sebelum menggunakannya sebagai hiasan pada sorbet serta beberapa pencuci mulut lain selama hampir empat tahun.

Sepanjang tempoh berkenaan, restoran itu didakwa telah menghidangkan lebih 12,200 hidangan sorbet yang dihiasi semut, sekali gus menjana pendapatan kira-kira 120 juta won (sekitar RM370,000).

Pihak pendakwaan turut mendakwa kira-kira 49,000 ekor semut digunakan dalam penyediaan hidangan tersebut.

Pihak berkuasa juga mendakwa sampel semut berkenaan mengandungi paras logam berat sehingga 55 kali lebih tinggi berbanding spesies serangga yang telah diluluskan untuk dimakan.

Anda mungkin berminat dengan

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Mee Seram Berapi Kari by SN FOOD

Mee Seram Berapi Kari by SN FOOD

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF

Must Watch Video

Advertisement