Penyanyi Faizal Tahir mengakui tanganggungjawab diberikan sebagai juri dalam program realiti Big Stage bukan sesuatu yang mudah untuk di galas.
Menurut Faizal, dia sedia berkongsi pengalaman dan memberi komen membina kepada bakat muda yang kini popular dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU) dalam kalangan penggiat industri hiburan tempatan.
"Setiap juri pastinya mempunyai cara tersendiri untuk memberi komen tapi saya mahu pastikan setiap kritikan yang diberikan dapat memberi pengisian kepada para peserta.
"Saya tahu setiap peserta sudah mempunyai pengaruh yang tersendiri di laman sosial dan saya mahu mereka menyanyi dengan bersungguh-sungguh serta tidak hanya setakat untuk mencari populariti.
"Saya sudah semestinya sedia untuk berkongsi pengalaman dengan mereka supaya dengan itu dapat memperbaiki mutu persembahan setiap peserta," katanya kepada Astro Gempak.
Faizal berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media program Big Stage, di Timbre @ The Row, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Program Big Stage merupakan sebuah pertandingan nyanyian terbaru berkonsepkan realiti yang menampilkan angkatan bakat muda yang kini popular dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU) dalam kalangan penggiat industri hiburan tempatan.
Selain Faizal, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga turut dilantik sebagai juri tetap rancangan ini.
Big Stage disertai oleh Afieq Shazwan, Tajul, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Iman dan Wani Kayrie.
Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh Tik Tok ini akan mula ditayangkan mulai 5 Ogos 2018, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria(104) dan Ria HD (123).
Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi