Skip to main content

UCAPAN SALAM SENYUMAN RAYA

article-thumbnail-raya.jpg
Advertisement
UCAPAN SALAM SENYUMAN RAYA
 
Meriahnya Syawal, andai khabar gembira dapat dikongsikan bersama yang tersayang tidak kira di mana pun kita berada. Setiap insan pastinya akan menggunakan kesempatan ini dengan menyampaikan UCAPAN MEMOHON MAAF mahupun SALAM AIDILFITRI. Jadi, apa kata anda hantar ucapan AIDILFITRI anda melalui SALAM SENYUMAN RAYA.
 
 
APA ITU SALAM SENYUMAN RAYA?
Budaya mengirim KAD RAYA pasti akan diingati semua orang. Anak mengirim kad raya kepada ibubapa di kampung, kiriman kad raya antara sahabat handai, atau Mamat kirimkan kad raya untuk kekasihnya Wati. Manis bukan?
 
Jadi, Astro berbesar hati mengajak anda semua untuk hantarkan UCAPAN SALAM AIDILFITRI, kepada sesiapa sahaja dalam bentuk GAMBAR.
 
UCAPAN KEPADA SESIAPA SAHAJA?
YA! Kepada sesiapa sahaja dan tak kira berada di mana.
 
BILA DAN DIMANA SALAM SENYUMAN RAYA DISIARKAN?
Ucapan anda akan disiarkan di SEMUA SALURAN Astro Berbahasa Melayu (Astro Ria, Astro Prima, Astro Warna, Astro Citra, Astro Oasis, Astro Naura) dan juga platform digital OFFICIAL RIA X bermula 22 Mei 2020.
 
BAGAIMANA CARANYA?
  1. Terbuka kepada semua lapisan umur, bangsa dan profession
  2. Hantarkan minimum 2 GAMBAR berserta UCAPAN SALAM SENYUMAN RAYA anda
  3. Maksimum ucapan Salam Senyuman Raya anda adalah 300 patah perkataan
  4. Wajib berpakaian baju raya atau baju beruniform
  5. Senang bukan?
Hantarkan gambar anda, selewat-lewatnya pada 19 MAY 2020.


 

Must Watch Video

Advertisement