Skip to main content

Hiburan

Harissa Adlyn Mahu Suntik Identiti Sendiri Dalam Karakter Kathy Ismail

Menurut Harrisa, watak wartawan yang pernah dimainkan oleh aktres, Amelia Handerson itu telah diletakkan pada tanda aras yang tinggi.

Sekilas

  • Harissa Adlyn mengakui cabaran besar membawa watak ikonik Kathy Ismail dalam siri Astro Originals, Keluang Man, yang sebelum ini dimainkan oleh Amelia Handerson.
  • Dia memilih untuk tidak meniru sepenuhnya gaya Amelia supaya watak itu tetap ada elemen unik Harissa sendiri.
  • Harissa juga berkongsi kebimbangannya tentang risiko terperangkap dalam genre drama cinta dan mahu mencuba pelbagai genre untuk perkembangan kerjaya yang lebih luas.
Advertisement

Pelakon, Harissa Adlyn mengakui bukan mudah buatnya untuk membawa watak ikonik, Kathy Ismail dalam siri terbaharu Astro Originals, Keluang Man.


Menurut Harrisa, watak wartawan yang pernah dimainkan oleh aktres, Amelia Handerson itu telah diletakkan pada tanda aras yang tinggi.

Advertisement


“Saya tidak nafikan Amelia merupakan seorang pelakon yang sangat hebat. Apa-apa watak yang dia pegang, dia bawa dengan penuh gaya dan nampak sangat mudah. Orang memang sukakan cara dia.


“Saya tak mahu tiru cara Amelia 100 peratus. Kalau saya buat begitu, saya akan nampak seperti sedang mencuba menjadi dia, dan tiada elemen ‘Harissa’ dalam watak itu," katanya kepada Gempak.


Dalam pada itu, Harissa mendedahkan dia pada awalnya tidak mengetahui mengenai perancangan pembikinan siri Keluang Man terbitan Astro Shaw sebelum dipanggil menghadiri sesi uji bakat.


Menurutnya, peluang tersebut hadir selepas pengurusnya memaklumkan mengenai sesi ‘casting’ yang dijalankan menerusi video.


“Sebenarnya saya tak tahu pun mereka nak buat siri Keluang Man. Pengurus saya maklumkan untuk ajak pergi casting melalui video. Saya dapat watak itu dan rupanya sayalah orang terakhir yang mereka ‘lock’," ujarnya.


Dalam pada itu, Harissa turut berkongsi kebimbangannya apabila terlalu lama membawakan watak dalam genre drama cinta kerana khuatir dirinya akan dilabel sebagai pelakon yang hanya sesuai untuk satu jenis karakter.


Menurutnya, sebagai seorang pelakon dia perlu berani mencuba pelbagai genre bagi memastikan perkembangan kerjaya mereka terus berkembang.


“Sejak beberapa tahun jadi pelakon, saya banyak buat drama cinta yang panjang dan risau potensi saya tidak akan berkembang. Saya mungkin cuma akan berada di sisi komersial dan tak boleh jadi pelakon yang serba boleh (versatile). Itu bahaya untuk karier saya.


"Saya tak nak dikenali sebagai pelakon yang hebat dalam satu benda sahaja. Tawaran ini saya anggap sebagai rezeki," tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement