,
Berita

Mengangkat Tema Jihad & Perjuangan, Anwar Ibrahim Ajak Orang Ramai Hadir Pementasan Haji Murat

Gempak
24/06/2024
11:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai bersama-sama hadir, ikuti dan hayati pementasan teater 'Haji Murat' yang akan dipentaskan selama empat hari di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, bermula Rabu ini.

BERITA TRENDING: PMX Puji Filem Sheriff - "Saya Kagum Dengan Jalan Cerita, Dialog &..."

Beliau berkata, teater berdasarkan novella penting dan karya terakhir sasterawan ulung Rusia Leo Tolstoy itu ternyata mengesankan tatkala ia menekankan betapa perang dan kekuasaan yang ganas hanya melahirkan ramai watak yang jahat dan khianat.

​BERITA TRENDING: PMX Sambut Baik Hasrat Pelaburan RM9.41 Bilion Google Di Malaysia

"Tolstoy berjaya mewujudkan rasa dan sikap simpatetik, apalagi kepada seorang pejuang dan wira umat Islam yakni Haji Murat, terutama di saat dunia dirundung berat akan kezaliman dan budaya politik pemerasan ('politics of dispossession') yang kini berterusan di Palestin," katanya dalam hantaran di media sosialnya.

Angkat Tema Jihad & Perjuangan

Karya yang berasal daripada novel pendek tulisan Tolstoy itu diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh penggiat sastera dunia, Dr Victor Pogadaev dan disunting Sasterawan Negara, Datuk Dr Anwar Ridhwan, sebelum diterbitkan DBP pada 2001.

​BERITA TRENDING: Pasukan Keselamatan Negara Bakal Ambil Tindakan Keras Terhadap Gerombolan Pelampau, Ganggu Keamanan

Karya berkenaan yang mengangkat tema jihad dan perjuangan bangsa ditulis berdasarkan kisah benar yang berlaku pada 1851, melibatkan pejuang Chechen bernama Haji Murat yang membentuk perikatan dengan Rusia yang pernah ditentanginya, kerana ingin membalas dendam.

​BERITA TRENDING: Tunjuk Solidariti Buat Palestin Di Majlis Graduasi Di NYU, Netizen Bangga Dengan Anak PMX

Malah Perdana Menteri berkata, novella itu yang mengisahkan penaklukan empayar Rusia ke atas warga Muslim di wilayah Dagestan, Kaukasus Utara, dibawanya ketika mengajar di Amerika Syarikat sebelum ini, di saat ramai ketika itu membicarakan soal Islamofobia dan terorisme pasca serangan 9/11.

"Haji Murat adalah sosok yang dekat dan paling kanan kepada Imam Shamil, ketua pejuang dan watak penting di tampuk kepemimpinan wilayah tersebut.

Mereka berjuang seiring melawan kerakusan empayar Rusia yang dikepalai Tsar Nicholas I, dan berlakunya pertembungan antara pejuang dan penjajah kerana ingin membebaskan keluarga tercinta.
"Watak Haji Murat adalah watak yang tersepit di antara dua kekuasaan yang zalim, dan bertindak semata dalam menyelamatkan keluarganya," katanya.
Pementasan Teater Perdana Haji Murat yang diarahkan A Wahab Hamzah dan diuruskan Badan Budaya DBP itu melibatkan sekitar 100 pelakon termasuk nama-nama gah dalam seni teater seperti Che Kem, Dr Rusdeen Suboh dan Ard Omar.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gara-Gara Paip Pecah, Letusan Najis Manusia Setinggi 10 Meter Hujani Kenderaan

gempak
27/09/2024
04:25 MYT
Sebatang paip tangki septik pecah di jalan raya yang sedang dalam pembinaan di Guangxi, China menyebabkan letusan setinggi lebih 10 meter.
Berita

Tekan Dada Murid Guna Lutut, Guru Pusat Pendidikan GISB Dipenjara 10 Tahun

gempak
26/09/2024
05:22 MYT
Tindakan seorang guru menekan dada murid menggunakan lutut dan merotan tiga kanak-kanak di sebuah pusat pendidikan dan kebajikan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen pada Khamis, menjatuhinya hukuman penjara selama 10 tahun.
Berita

Lebih Tua Daripada Bapa Mentua, Lelaki Kahwini Wanita Beza Umur 30 Tahun Tarik Perhatian Netizen

gempak
26/09/2024
02:25 MYT
Seorang lelaki berusia 59 tahun melangsungkan perkahwinan dengan gadis berumur 26 tahun, sekali gus menjadi perhatian pengguna media sosial, lapor laman berita Tribunnews.
Berita

Gara-Gara Kencing Dalam Plastik, Peniaga Buah Ditahan Polis

gempak
26/09/2024
01:25 MYT
Seorang penjual buah di Dombivli, Maharashtra ditahan selepas membuang air kecil di dalam plastik dan berniaga tanpa menghiraukan kebersihan yang sewajarnya, lapor stesen penyiaran NDTV.
Berita

Lubang Sedalam Satu Meter Dikesan Di Kompleks Bunga Raya KLIA

gempak
25/09/2024
07:24 MYT
Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada pagi Rabu.
BorakSeeni