Hiburan

Pening Taruhan Terbaharu Idris Brown

Gempak
22/06/2024
18:55 MYT
Juara program nyanyian All Together Now Malaysia (ATNM) musim pertama, Idris Brown, pernah melakukan langkah berani dan luar biasa dengan menerbitkan single sulung yang bergenre muzik klasikal, dua tahun lalu.
Tindakan ini mencerminkan keberanian dan kreativiti Idris, 28, dalam meneroka ruang baharu dalam industri muzik yang sering didominasi oleh genre-genre popular.
Dengan keputusannya untuk memperkenalkan muzik klasikal kepada khalayak, Idris menunjukkan keyakinan dan keinginannya untuk mencabar norma-norma sedia ada, lalu membuka ruang untuk pengalaman mendengar yang unik dan memperkaya.
Langkah ini meletakkan Idris sebagai seorang artis yang berani mengambil risiko dan tidak terikat dengan kontreversi, menjadikannya seorang ikon inspirasi bagi generasi baru dalam industri muzik tempatan.

Pening

Selepas single Dan Berakhirlah (2022) mendapat sambutan baik pendengar, terbaharu Idris muncul dengan single Pening hasil ciptaan sepenuhnya oleh Tam Cobain dan Glowrush yang mana berbeza daripada lagu sebelumnya.
“Untuk single Pening ini sangat berbeza dari segi genre dan seterusnya ‘mood’ atau ‘feel’ kerana ia membawa ‘mood’ gembira walau berdepan situasi. Berbanding dengan single sebelum ini yang membawa ‘mood’ sedih dan pop klasikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa Hukum Beri Makan Daging Korban Kepada Orang Bukan Islam?

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Sebabnya Kenapa Otot Daging Masih Bergerak-Gerak Walaupun Selepas Lembu Disembelih

ARTIKEL BERKAITAN: Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?

ARTIKEL BERKAITAN: Alamak! Pesan Mi Tarik, Yang Sampai Nasi Daging Babi

ARTIKEL BERKAITAN: #FOODIESLIFE: Unik! Croissant Ketupat Ini Raih Perhatian Netizen

“Rakaman lagu ini sangat membawa emosi kepada saya kerana dapat bekerjasama dengan beberapa penerbit hebat yang membuatkan saya berasa selesa dan sesuatu kelainan ketika proses rakaman,” kata Idris.
Menurut Idris, lagu Pening memaparkan mesej mengenai kehidupan harian yang gembira dalam satu komuniti walau berdepan masalah.
“Pesanan dalam lagu ini adalah mengenai kehidupan harian yang gembira dalam satu komuniti. Walaupun berdepan masalah, masih mampu mengalu-alukan semua orang tanpa mengira kepercayaan masing-masing dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
“Dalam erti kata lain, ia melambangkan harapan, kebersamaan dan kegembiraan bersama satu sama lain. Sekaligus menjadikan lagu ini begitu dekat dengan kita yang hidup dalam suasana kepelbagaian kaum, agama dan peringkat umur,” katanya.
Menariknya juga, lagu yang menggunakan lirik positif dan melodi ceria ini menawarkan sesuatu menggembirakan buat semua.
“Lagu ini pastinya dekat dengan halwa pendengar muzik tempatan. Ini kerana, lagu ini agak kena dengan pendengar yang menghadapi situasi ‘pening’ dalam menghadapi masalah harian. Ditambah dengan lirik yang positif dan melodi yang menggembirakan, lagu ini berfungsi sebagai peringatan yang menyentuh mengenai nilai belas kasihan, perpaduan dan renungan kepada setiap insan.
“Saya mahu lagu ini membawa kebahagiaan serta saya mendoakan agar lagu ini berjaya dengan cemerlang, dan orang ramai akan merasai keindahan lagu ini kerana ia sebuah lagu yang menjanjikan keindahan mesej yang mendalam dan melodi yang menyentuh jiwa,” katanya.
Lagu Pening keluaran Rocketfuel Entertainment ini sudah dilancarkan secara rasmi di semua platform digital muzik sejak 7 Jun lalu.
Pening boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan melalui kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala lirik video juga boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Network kelak.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Hampir 2 Tahun Menanti, Juara ATNMY Idris Brown Tampil Dengan Single Pertama, Dan Berakhirlah

gempak
18/09/2022
11:50 MYT
Idris Brown pilih genre klasikal
Laman Utama

“Takkan Nak Letak Kompang” – Idris Brown Jelaskan Kehadiran Gitar Elektrik Pada Persembahan Lagu Negaraku Di Piala FA 2022 Adalah Sesuai

gempak
12/09/2022
08:30 MYT
Idris Brown jawab isu nyanyi di Piala FA 2022
Laman Utama

Idris Brown Ambil Sharon Paul Untuk Single Sulung. Netizen Excited!

gempak
06/06/2022
09:42 MYT
Tahniah Idris!
All Together Now 2021

Idris Brown Juara ATNMY, Bawa Pulang RM50,000

gempak
14/11/2021
15:18 MYT
Program All Together Now Malaysia (ATNMY) telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan Idris Brown sebagai juara seperti yang ditayangkan sebentar tadi.
All Together Now 2021

ATNMY: Sedar Genre Klasikal Bukan Satu Kebiasaan Di Malaysia, Idris Brown; "Saya Beranikan Diri Saja"

gempak
09/11/2021
13:40 MYT
Pemenang konsert All Together Now Malaysia (ATNMY) minggu kesembilan, Idris Brown akui gembira kerana semua juri menyukai persembahannya seperti yang disiarkan malam Ahad.