,
Viral

Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri Tak Mampu Upah Peguam - "Saya Tak Ada Wang Ringgit, Tapi Saya Ada Allah"

Amri Hassan
26/06/2024
00:45 MYT
Bekas pembantu kepada usahawan selebriti terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Melati Abdul Ghani akan meneruskan perjuangan biarpun tanpa bantuan peguam.
Jelas Melati menerusi hantaran di media sosialnya, dia yang tidak berkemampuan akan menyerahkan segalanya kepada Allah.
"Saya memang tak ada wang ringgit untuk mengupah peguam pada Khamis ini. Saya akan berjuang tanpa peguam.
"Saya memang tiada apa sekarang tapi saya ada Allah. Apa-apa keputusan pada Khamis ini saya hanya berserah pada Allah. Laa Haula Wa Laa Quwatta Illa Billah. Semoga dipermudahkan amin," tulisnya.

BERITA TRENDING: Masih Degil & Ego, Aliff Syukri Enggan Beri Peluang Lagi Pada Bekas Pembantu Peribadi - "Sekarang Baru Sedar Langit Tinggi Atau Rendah"

Terdahulu, Aliff meluahkan rasa syukur menang saman fitnah yang difailkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida terhadap bekas pembantu peribadi mereka iaitu Melati.
Sementara itu, peguam mewakili Aliff dan Shahida akan meneruskan tindakan penghinaan mahkamah oleh Melati dan akan dipanggil semula untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam secara fizikal pada Jumaat ini.
Malah pihak Aliff juga mahu Melati dikenakan hukuman penjara.
Untuk rekod, pada 29 Mei lalu, Melati tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shahida atas fitnah dilakukan kira-kira lima tahun lalu.

BERITA TRENDING: "Yang Sebelah Sana Nak Buat Drama, Sinetron Terdesak Lantak Dia ..." - Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri

BERITA TRENDING: "Saya Tak Kisah Kena Buang ..." - Pembantu Peribadi Aliff Syukri Luah Perasaan Diberhentikan Kerja

BERITA TRENDING: Anak Pembantu Peribadi Aliff Syukri Disamakan Seperti Beruk, Kasihannya!

BERITA TRENDING: Jual Durian RM8 Sekilo, Netizen Puji Sikap Pemurah Aliff Syukri! - "Perangai Walau Kadang Mak Sendiri Tak Boleh Faham, Tapi Dia…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Kita Hilang Seorang Yang Begitu Bermakna Dalam Industri Muzik" - Jamal Abdillah

gempak
16/11/2024
19:12 MYT
Pemergian komposer terkenal Datuk S. Atan yang meninggal dunia hari ini pada usia 75 tahun disifatkan sebagai kehilangan besar kepada industri muzik tanah air.
Terkini

Bekas Adik Ipar Saman Iqbal Zulkefli Lebih RM5 Juta? - “Saya Sudah Penat Dengan Permainan Bodoh…”

gempak
16/11/2024
07:55 MYT
Ayunie atau nama sebenar Anes Ayunie Osman, 22, berkata, tindakan itu dibuat selepas Iqbal didakwa membuat tohmahan dan memfitnah sehingga mencemarkan maruah dirinya termasuk mengalami kerugiaan dalam perniagaan.
Hiburan

Dituduh Guna Hasil Wang Haram, Shuib Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang - “Saya Memang Suka Saman-Menyaman”

gempak
16/11/2024
05:55 MYT
Pelakon dan pelawak terkenal, Shuib mendedahkan dirinya telah difitnah oleh seorang individu di laman media sosial, TikTok baru-baru ini.
Hiburan

Shuib Syukur Ada Peneman Di Mahkamah, Watie Hanifiah Siap Puasa Sunat - “Nak Minta Kat Allah…”

gempak
14/11/2024
23:55 MYT
Pelawak Shuib meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang juga usahawan, Watie Hanifiah turut menemaninya di Mahkamah Sesyen pada Khamis.
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Unitar