Skip to main content

Selebriti

Adam Corrie Titip Nasihat Buat Mualaf Belum Terbuka Hati Nak Dalami Agama - “Islam Bukan Tentang Rasa Dulu Baru Dekat Tapi…”

ASTROGEMPAK Adam Corrie

Sekilas

  • Seorang mualaf berkongsi di Threads bahawa dia masih belum terbuka hati untuk mendalami agama Islam walaupun sudah tiga tahun memeluknya.
  • Pelakon mualaf Adam Corrie menasihati bahawa setiap perjalanan mengenal Islam berbeza dan penting untuk terus berusaha walaupun belum merasai kemanisan iman.
  • Adam juga menegaskan pentingnya sokongan pasangan dalam proses mendalami agama dengan bimbingan penuh kasih sayang tanpa paksaan.
Advertisement

Hantaran seorang individu di Threads yang mengakui dia masih belum terbuka hati untuk mendalami agama Islam biarpun sudah tiga tahun bergelar mualaf menarik perhatian wargamaya. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran itu, individu berkenaan turut meminta pandangan mereka yang mungkin pernah melalui perasaan sama.

 

“Dah nak masuk tiga tahun mualaf tapi tak terbuka hati nak mendalami agama. Ada tak yang macam saya? Apa korang rasa,” tulisnya. 

 

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian pelakon Adam Corrie yang juga seorang mualaf dengan menitipkan nasihat kepada individu berkenaan. 

 

Menurut Adam, tidak semua individu akan terus merasai ‘kemanisan’ iman sebaik sahaja memeluk Islam kerana setiap perjalanan itu berbeza.

 

“Alhamdulillah saya memang mencari Islam. Untuk puan, tak semua orang terus ‘rasa’ bila masuk Islam, ada yang ambil masa. Islam bukan tentang rasa dulu baru dekat, tapi dekat dulu, baru Allah bagi rasa.

 

“Tak terbuka hari ini, tak bermakna selamanya tertutup. Yang penting jangan tinggalkan. Langkah kecil pun dikira, sebab Allah tengok usaha, bukan laju,” kongsinya. 

 

Dalam masa sama, Adam turut meminta  individu tersebut mendapatkan sokongan daripada pasangan supaya dapat melalui perjalanan itu bersama.

 

“Dan minta suami jalan sama-sama. Bimbing dengan kasih sayang, bukan paksaan. Sebab itu niat itu penting… mulai hari ini, pasang niat untuk kenal Islam lebih dekat,” ujarnya lagi. 

 

Rata-rata wargamaya memuji cara Adam memberikan nasihat buat individu tersebut. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement