Skip to main content

Viral

“Saya Sudah Tidak Wujud Dalam Cerita Ini" - Iqbal Enggan Campur Urusan Vida & Fazley

“Saya Sudah Tidak Wujud Dalam Cerita Ini" - Iqbal Enggan Campur Urusan Vida & Fazley

Sekilas

  • Ahmad Iqbal Zulkefli memilih untuk tidak campur tangan dalam urusan peribadi Datuk Seri Vida dan Datuk Fazley serta hanya akan memberi jawapan yang tidak menyakitkan hati jika ditanya media.
  • Datuk Seri Vida menerima lamaran romantis daripada Datuk Fazley dalam satu kejutan di TikTok Shop 11.11 Mega Syok Live Concert dengan cincin eksklusif bernilai RM7,000 dan persembahan 1,200 dron.
  • Pasangan ini merancang untuk berkahwin tahun depan selepas melalui proses merisik dan bertunang mengikut adat Melayu, walaupun tarikh pernikahan belum ditetapkan.
Advertisement

Usahawan dan personaliti media sosial, Ahmad Iqbal Zulkefli menegaskan dirinya tidak mahu lagi mencampuri urusan membabitkan Datuk Seri Vida dan Datuk Fazley.

Perkara itu dikongsikan Iqbal menerusi satu sesi soal jawab di Instagram Story selepas seorang pengikut meminta pandangannya mengenai kedua-dua individu berkenaan.

Advertisement

“Apa pendapat Tn Iqbal ttg DS Vida n Dato Fazli?” tanya individu tersebut.

Bagaimanapun, Iqbal tidak memberikan sebarang pandangan khusus mengenai mereka, sebaliknya menjelaskan bahawa dia lebih selesa untuk tidak mencampuri urusan peribadi pihak terbabit.

“Pendapat dari segi apa ya? Saya tidak mahu mencampuri hal mereka kecuali ada media/wartawan bertanya, saya akan jawab dengan jawapan yang tidak menyakiti perasaan mereka.

Advertisement

“Jika itu kebahagiaan mereka, kalian bagilah sokongan dan doa saja. Saya sudah tidak wujud dalam cerita ini,” tulisnya.

Untuk rekod, Vida sebelum ini menerima lamaran Fazley dalam kejutan romantis yang berlangsung di pentas TikTok Shop 11.11 Mega Syok Live Concert di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada 10 November lalu.

Lamaran berkenaan mencuri perhatian apabila Fazley menghadiahkan sebentuk cincin eksklusif berbentuk tiara bernilai RM7,000, selain mengadakan persembahan 1,200 dron yang membentuk mesej istimewa buat Vida.

Kejutan yang dianggarkan menelan belanja RM500,000 itu turut disaksikan anak-anak kedua-dua pihak dan disiarkan menerusi TikTok Live.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menerima lamaran tersebut dengan jawapan bersetuju, sekali gus mencetuskan perhatian ramai mengenai hubungan mereka.

Bagaimanapun, Fazley memaklumkan tarikh pernikahan masih belum ditetapkan, namun mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga tahun depan selepas melalui proses merisik dan bertunang mengikut adat Melayu.

Anda mungkin berminat dengan

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement