Sekilas
- Penyanyi dan pempengaruh Agy mengalami reaksi alahan teruk selepas menerima ubat kebas ketika mencabut gigi.
- Matanya bengkak dan badan mula gatal-gatal akibat alahan tersebut, yang bukan kali pertama berlaku kerana dia juga alah kepada ubat tahan sakit.
- Agy berkongsi kesukaran menahan sakit tanpa rawatan ubat kerana alergi terhadap ubat tahan sakit.
Penyanyi dan pempengaruh, Agy, berkongsi pengalaman dirinya mengalami reaksi alahan yang teruk selepas menerima ubat kebas ketika prosedur mencabut gigi.
Menerusi perkongsian di Threads, Agy memuat naik video menunjukkan keadaan matanya yang bengkak akibat alahan tersebut.
“Ia berlaku lagi, alahan saya kembali lagi. Saya baru cabut gigi tadi, saya tidak tahu saya ada alahan kepada ubat kebas,” katanya.
Menurut Agy, ini bukan kali pertama dia mengalami reaksi seumpama itu kerana sebelum ini dia pernah mempunyai alahan terhadap ubat tahan sakit.
“Aib muka saya, sangat teruk… tangan, badan, kaki dah mula gatal-gatal,” ujarnya.
Dalam pada itu, Agy turut berkongsi kesukaran yang dihadapinya kerana perlu menahan kesakitan tanpa rawatan ubat.
“Kalau sakit kena makan ubat, tapi saya alahan pula ubat tahan sakit. Tahan jelah sakit ni,” ujarnya.
Sumber: Threads