Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: Zahid Ambil Suntikan Mounjaro, Berjaya Turun 2.5kg Dalam Masa 2 Minggu - “Alhamdulillah Tak Ada…”

Zahid

Sekilas

  • Zahid kini menjalani rawatan suntikan ubat diabetes Mounjaro untuk turunkan berat badan dan tingkatkan stamina sejak dua minggu lalu.
  • Berat badannya turun 2.5kg dan lilitan badan mengecil dua inci selepas rawatan serta penjagaan pemakanan dan senaman.
  • Walaupun menerima kritikan stamina dari juri GVF, Zahid tidak berkecil hati dan terus aktif bermain pickleball untuk kekal cergas.
Advertisement

Stamina didakwa kurang memuaskan sepanjang bersaing di Gegar Vaganza Fantasia (GVF), penyanyi Zahid mengakui dia kini menjalani rawatan suntikan ubat diabetes, Mounjaro, sebagai ikhtiar menurunkan berat badan dan meningkatkan kecergasan.

 

Advertisement

Menurut Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 45, dia mula mendapatkan rawatan tersebut sejak dua minggu lalu selepas menerima tawaran daripada sebuah klinik, selain turut menjaga pemakanan dan aktif bersenam.

 

“Saya memang jaga stamina dan cucuk Mounjaro. Saya baru bermula dua minggu lalu apabila ada satu klinik tawarkan.

Advertisement

 

“Jadi saya putuskan untuk buat tapi dalam masa sama doktor kata jangan harapkan benda ini saja, saya kena ‘cut sugar’ (potong gula), jaga kuantiti pemakanan dan bersukan,” katanya ketika ditemui selepas konsert minggu ketiga GVF pada Ahad.

 

Berkongsi perkembangan terkininya, juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu meluahkan rasa syikur apabila usaha berkenaan mula menampakkan hasil apabila berat badannya turun sebanyak 2.5 kilogram (kg) dalam tempoh dua minggu.

 

“Selepas dua minggu saya turun 2.5kg dan doktor kata nombor yang baik untuk turunkan berat badan. Ukur lilit saya pun dah turun dua inci.

 

“Saya tak nampak tapi doktor yang periksa. Doktor minggu ini pun cucuk 2.5 miligrams (mg) kemudian baru naik dos.

 

“Alhamdulillah tak ada kesan, cuma selepas sehari cucuk saya mengantuk dan lemau seharian. Tapi okeylah tak ada muntah-muntah,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Zahid mengakui tidak berkecil hati dengan teguran juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang yang melihat persembahannya kelihatan mengah.

 

“Sebelum saya masuk GV memang saya tak jaga pun pemakanan dan stamina sebab saya dah menyanyi di kelab 12 ke 15 lagu, saya rasa okey.

 

“Tapi bila di GV, satu lagu dalam dua minit lebih rasa macam menyanyi lebih daripada 20 lagu penatnya. Tok Ram dan Bunda pun cakap stamina di pentas besar ini berlainan dengan menyanyi di show lima ke enam lagu.

 

“Memang saya tak terasa hati sebab itu adalah satu komen dan kritikan yang saya perlu tambah baik. Saya di atas pentas memang tak nampak apa-apa, mereka yang boleh menilai saya,” jelasnya.

 

Selain menjalani rawatan dan menjaga pemakanan, Zahid turut aktif bermain pickleball bagi membantu meningkatkan tahap staminanya selepas tiga minggu beraksi di GVF.

 

Untuk rekod, pada konsert minggu ketiga GVF semalam, Zahid berjaya menduduki tangga teratas selepas membawakan lagu Biar Bulan Bicara nyanyian asal Broery Marantika dengan markah 62.20 peratus.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

Everlast Unisex Adults Bronx Backpack (Black) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Bronx Backpack (Black) - Sports Direct One Size

Metabolic + Sauver 700g (New)

Metabolic + Sauver 700g (New)

ELGINI E16213 Seluar Yoga Pinggang Tinggi S-XXL | High-Waist Yoga Pants

ELGINI E16213 Seluar Yoga Pinggang Tinggi S-XXL | High-Waist Yoga Pants

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement