Sekilas
- Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi kenangan zaman sekolahnya sebagai pengawas pusat sumber di Threads.
- Tokti berseloroh pernah bertindak tegas terhadap pelajar nakal ketika memegang jawatan pengawas.
- Netizen terhibur dengan perkongsian dan memberi reaksi positif terhadap jawapan spontan Siti Nurhaliza.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyorot perhatian netizen selepas berkongsi momen zaman persekolahannya.
Menerusi hantaran di Threads, pelantun lagu Kesuma itu mendedahkan pernah memegang jawatan sebagai pengawas pusat sumber satu ketika dahulu.
Lebih mencuit hati, Siti atau mesra disapa Tokti turut berseloroh bahawa dirinya pernah bertindak tegas terhadap pelajar nakal ketika bergelar pengawas.
"Kita pengawas pusat sumber. Kita belasah budak nakal, kita kaki sukan dan kelab sekolah… Alhamdulillah, kita dah jadi leader Sitizoners," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan jawapan spontan Siti Nurhaliza.
"Hahaha memang betul inspirasi. Min dulu pun pengawas pusat sumber.
"Awak dah jadi Biduanita Negara tau!
"Ganassnya Tokti!
"Afwa, tutup Wi-Fi ibu sekarang! Cepat hadirkan diri siapa yang kena belasah dengan leader kesayangan ramai ni.
"Sangat bertuah budak nakal yang kena belasah dengan Siti Nurhaliza.
"Ampun. Dia punya flex tak rilek," komen netizen.
