Skip to main content

Amir Ahnaf Diganggu Saka Sejak Zaman Belajar, Bekas Kekasih Pernah Curang Sebab ‘Benda’ Itu Kacau - “Saya Solat Pun Dia Marah”

Astro Gempak 430

Sekilas

  • Pelakon Amir Ahnaf berkongsi pengalaman diganggu saka yang menjejaskan emosi, hubungan cinta, dan pegangan agamanya.
  • Gangguan mistik itu mula dirasai ketika belajar di UPSI dan menyebabkan perubahan sikap bekas kekasihnya serta kesukaran dalam hubungan peribadi.
  • Amir telah mendapatkan rawatan membuang saka di Sabah dan kini berasa lebih tenang, sambil filem terbarunya Tarung: Unforgiven akan ditayangkan pada 7 Mei 2026.
Advertisement

Pelakon, Amir Ahnaf berkongsi pengalaman mistik apabila mendakwa kehidupannya pernah diganggu saka sehingga memberi kesan kepada emosi dan hubungan peribadi.

Menurut Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin, 26, gangguan tersebut bukan sahaja mengganggu ketenangan diri, malah turut menjejaskan percubaannya untuk menjalinkan hubungan cinta.

“Impak buruk kalau saka ini ada dengan kita, bila saya nak cari teman wanita ‘benda’ itu kacau.

“Kalau saya solat pun dia marah, apa lagi bila nak cari kekasih. Saya selalu tertanya-tanya kenapa setiap kali saya nak sayang orang, hubungan itu tak menjadi,” katanya.

Amir berkongsi perkara tersebut ketika muncul dalam podcast Sembang Seram bersama Safwan Nazri

Menurutnya lagi, gangguan tersebut turut memberi kesan terhadap hubungan terdahulu apabila bekas kekasihnya didakwa berubah sikap termasuk cuba untuk curang. 

“Perempuan itu akan jadi cepat marah, cuba untuk curang. Bekas kekasih saya berlaku curang sebab dia rasa saya tidak cukup sempurna,” ujarnya.

Berkongsi pengalaman lebih menyeramkan, Amir berkata gangguan tersebut mula dirasai ketika dia menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

“Saya pernah baring nak tidur, tiba-tiba rasa ada tapak tangan naik atas katil perlahan-lahan. Kemudian ia hilang.

“Saya percaya waktu itu ‘benda’ itu baring sebelah saya. Dalam seminggu, beberapa kali juga saya rasa situasi sama sampai meremang bulu roma,” katanya.

Tambahnya, dia pada awalnya tidak percaya dengan kewujudan saka sehinggalah ibunya memaklumkan mengenai latar belakang keluarga mereka.

“Saya tanya mak kenapa rasa macam itu. Lepas itu mak cakap sebenarnya keturunan kami memang ada saka.

“Mula-mula saya tak percaya, mak kata saka ini tak kacau tapi jaga. Tapi lama-lama saya rasa makin tak sihat,” jelasnya.

Menurut Amir, keadaan menjadi lebih serius apabila gangguan tersebut mula menjejaskan pegangan agama dan tingkah lakunya.

“Ia buat saya makin jauh daripada agama, banyak tinggal solat dan buat benda tak baik.

“Dua tahun lalu saya beritahu mak, rasa benda ini dah makin teruk,” katanya.

Akhirnya, Amir mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan bagi menghilangkan gangguan tersebut.

“Saya buang saka ini di Sabah sebab mak menetap di sana. Alhamdulillah, semua saka yang ada dalam badan saya sudah dibuang.

“Selepas itu saya rasa hidup lebih tenang dan gembira,” ujarnya

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Amir Ahnaf, Tarung: Unforgiven dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Selain itu, filem arahan Razaisyam Rashid itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Zul Ariffin, Ikmal Amry, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Aeril Zafrel, Theebaan G, Shaharuddin Thamby, Razib Salimin, Jai JMT serta Ijam Asri.

Anda mungkin berminat dengan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Must Watch Video

Advertisement