Skip to main content

Selebriti

Amy Search Tak Pernah Terfikir Jadi ‘Raja Rock Negara’, Hanya Ikhlas Berkarya - “Dunia Seni Bukan Satu Perlumbaan”

Bakar isteri

Sekilas

  • Datuk Amy Search tidak menganggap dirinya sebagai Raja Rock Negara atau 'Godfather' rock Malaysia seperti yang disebut oleh Awie, sebaliknya fokus pada kualiti karya dan kejujuran dalam seni.
  • Amy menegaskan setiap anak seni mempunyai perjalanan dan visi tersendiri tanpa mengejar gelaran atau status dalam industri muzik.
  • Amy kembali ke layar perak menerusi filem 5 Bomoh yang akan ditayangkan mulai 4 Jun, bersama barisan pelakon terkenal lain seperti Datuk Aaron Aziz dan Scha Alyahya.

Lagenda rock tanah air, Datuk Amy Search tidak pernah merasakan dirinya sebagai Raja Rock Negara atau ‘Godfather’ rock Malaysia seperti yang diperkatakan oleh penyanyi, Awie.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 68, berkata bahawa gelaran tersebut terletak pada penilaian dan pandangan masing-masing.

Malah, Amy turut menegaskan bahawa dia hanya ingin berkarya dengan jujur dan hanya memberi tumpuan pada kualiti kerjanya.

"Pertamanya saya nak ucapkan terima kasih kepada dia tapi bagi saya, saya tak pernah rasa begitu sebab saya cuma buat kerja saya saja.

"Selebihnya kalau mereka rasa nak berikan gelaran itu terpulang.

"Bagi saya, saya tak rasa apa-apa sebab sebab dalam industri seni ini, saya cuma buat kerja saya ataupun berkarya dengan penuh kejujuran dan selagi jalan itu ada, selagi itulah saya lukiskan perjalanan seni saya,”katanya kepada Gempak.

Amy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media filem 5 Bomoh di Hemisfera Luxury Sky Hall, Kuala Lumpur Tower, pada Selasa.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Isabella itu turut berkata bahawa setiap anak seni hanya mengejar visi dalam kerjaya mereka tanpa memikirkan soal status dan gelaran.

"Tak pernah terfikir. Dalam dunia seni ini, bukan satu perlumbaan.

"Mereka masing-masing ada perjalanan tersendiri. Mereka semestinya mempunyai visi dalam kerjaya mereka dan apa yang dibuat itulah impian mereka.

"Mereka hanya mencorakkan tanpa mengejar status dan gelaran,”ujarnya.

Dalam perkembangan lain, selepas sekian lama tidak muncul di layar perak, Amy muncul menerusi filem 5 Bomoh yang akan ditayangkan bermula 4 Jun ini.

Selain Amy, Datuk Aaron Aziz, Scha Alyahya, Datuk Afdlin Shauki, Aedy Ashraf, Ozlynn, Johan dan ramai lagi membintangi filem tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement