Sekilas
- Datuk Seri Vida terharu apabila Datuk Fazley Yaakob membuat kejutan sambutan hari jadinya dengan hidangan kegemaran dan kek di sebuah restoran.
- Mereka sudah lama tidak berjumpa kerana sibuk dengan kerja, dan Vida tidak menjangka pertemuan makan malam itu akan menjadi sambutan istimewa.
- Fazley sebelum ini berkongsi hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan Vida, namun perlu menyelesaikan beberapa urusan keluarga dan dokumentasi terlebih dahulu.
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mengakui berasa sebak apabila penyanyi, Datuk Fazley Yaakob membuat kejutan istimewa sempena hari jadinya.
Menerusi perkongsian di media sosial, Vida berkata dia tidak menyangka Fazley akan meraikan hari istimewa itu memandangkan mereka berdua sudah lama tidak berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.
Menurut Vida, Fazley pada awalnya hanya mengajaknya ke Kuala Lumpur untuk menikmati makan malam bersama selepas sekian lama tidak bertemu.
Malah, dia juga turut menyangka pertemuan tersebut sekadar makan malam biasa sehingga tidak membuat sebarang persiapan istimewa dan hanya mengenakan pakaian serta solekan ringkas.
“Sebak nak menangis. Lama tak berjumpa sebab kebelakangan ni saya dan dida masing-masing agak sibuk dengan kerja.
“Semalam dida minta saya ke kl ajak dinner bersmaa. Kebetulan saya free jadi saya dapat datang ke kl untuk dinner.
“Dida cakap just fine dining rindu sebab lama tak jumpa. Saya pakai simple sahaja, tudung instant, kaftan, make up pun natural je.
“Dida dah oder menu untuk dinner, yang penting semua favourite saya. Sementara tunggu dinner, saya berbual dulu,” ujarnya.
Bagaimanapun, Vida agak terkejut apabila secara tiba-tiba beberapa perkeja restoran muncul dan membawa kek beserta sepanduk yang tertera ayat “wish you happy birthday”.
Namun, Vida terkejut apabila Fazley sebenarnya sudah merancang kejutan hari jadi lengkap dengan hidangan kegemarannya.
Vida menyifatkan pengalaman tersebut cukup bermakna buat dirinya kerana ini merupakan kali pertama dia menerima kejutan sambutan hari jadi daripada pasangan sendiri.
Malah kata Vida, sebelum ini dia tidak pernah diraikan seperti itu dan hanya kerap melakukannya untuk meraikan orang lain.
“Thank you love, terharu dan sebak sebab saya jarang diraikan dan dirayakan sebegini. Pertama kali dapat birthday treat dari partner. Sebelum ni saya buat untuk orang je,” coretnya.
Sebelum ini, Fazley mengakui dia dan Vida mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, dia menjelaskan keputusan tersebut tidak boleh dilakukan secara terburu-buru kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk urusan keluarga dan dokumentasi.
Sumber: TikTok @datoserividaofficial