Skip to main content

Selebriti

Anak Conteng Dinding, Eyra Hazali Akui Penat Bergaduh Dengan Tuan Rumah - “Dia Quote Harga Hingga RM10,000”

Bakar isteri

Sekilas

  • Eyra Hazali berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila pemilik rumah sewa menuntut bayaran sehingga RM10,000 kerana kesan contengan anaknya di dinding.
  • Pelakon itu juga diminta menggantikan selak pintu yang berkarat, walaupun kerosakan disebabkan faktor cuaca, menyebabkan dia berasa penat berdepan pertikaian.
  • Perkongsian Eyra mendapat perhatian netizen yang menyarankan dia membuat laporan kerana pemilik rumah didakwa cuba mengambil kesempatan.

Pelakon Eyra Hazali mencuri perhatian ramai selepas berkongsi situasi yang dihadapinya melibatkan pemilik rumah sewa yang didakwa mengenakan tuntutan tidak munasabah terhadap dirinya.

Menerusi perkongsian di Threads, Eyra mendakwa pemilik rumah berkenaan meminta dia membayar sehingga RM10,000 selepas anaknya meninggalkan kesan contengan pada beberapa bahagian dinding rumah tersebut.

“Guys cuma ingin bertanya. Kalau nak keluar rumah sewa, dinding ada kesan anak conteng, tak bukan semua, wajarkah tuan rumah suruh kita cat seluruh rumah termasuk luar rumah sekali?.

“Dia quote harga hingga RM10,000 ya,” tulisnya.

Menurut Eyra, dia juga mengakui sudah penat berdepan pertikaian dengan pemilik rumah berkenaan kerana sebelum ini dia turut diminta menggantikan selak pintu yang berkarat akibat cuaca.

“Penatlah bergaduh dengan dia. Selak pintu sampah dekat luar berkarat sebab hujan panas pun dia suruh ganti baru,” ujarnya lagi.

Perkongsian itu mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya menyarankan Eyra membuat laporan, selain mendakwa pemilik rumah berkenaan cuba mengambil kesempatan terhadap pelakon tersebut.


Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement