Skip to main content

Rancangan Realiti

Mualim Muda 2: Angkat Isu Kekeluargaan, Minggu Keempat Bawa Tema 'Satu Rumah Seribu Cerita'

Mualim Muda 2: Angkat Isu Kekeluargaan, Minggu Keempat Bawa Tema 'Satu Rumah Seribu Cerita'

Sekilas

  • Minggu keempat Mualim Muda Musim 2 mengangkat tema ‘Satu Rumah Seribu Cerita’ dengan fokus isu kekeluargaan yang disampaikan peserta bersama qari jemputan berpengalaman.
  • Empat qari terkenal yang pernah menang pertandingan tilawah al-Quran kebangsaan dan antarabangsa akan berganding dengan peserta untuk menyampaikan mesej dakwah berdasarkan al-Quran.
  • Program ini disiarkan di Astro Oasis dan Astro Prima mulai 31 Oktober 2026, serta boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka, dengan penampilan khas penyanyi Sharul Kamal dan hos Atu Zero bersama Fakhrul UNIC.
Advertisement

Minggu keempat program Mualim Muda Musim 2 tampil dengan tema ‘Satu Rumah Seribu Cerita’ yang memberi tumpuan kepada pelbagai isu dan masalah dalam keluarga.

Menerusi tema ini, para peserta akan bergandingan dengan qari jemputan untuk menyampaikan mesej dakwah berdasarkan isu kekeluargaan yang menyentuh kehidupan masyarakat.

Advertisement

Setiap peserta akan membincangkan isu yang diberikan dengan berpandukan al-Quran, selain berkongsi hikmah dan panduan yang boleh diambil daripada ayat-ayat suci.

Lebih menarik, setiap persembahan akan diserikan dengan bacaan al-Quran daripada qari jemputan yang pernah menyertai Pertandingan Majlis Tilawah al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Minggu ini, seramai empat qari jemputan akan bergandingan dengan para peserta. Mereka juga mempunyai pengalaman dan pencapaian dalam pertandingan tilawah al-Quran.

Advertisement

Berikut senarai qari yang terlibat:

1. Cik Hasnul Taqiyuddin

  • Johan Qari Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1447H/2026M mewakili negeri Perak.

2. Ustaz Mohamad Husaini Mahmur

  • Johan Qari Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-64, 1446H/2024.

3. Ustaz Ammar Mukhlis

  • Johan Qari Tilawah al-Quran dan Hafazan Peringkat Negeri Kedah tahun 1446 Hijrah/2025.

4. Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali

  • Johan Qari Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-54, 1436H/2014.

Sebanyak sembilan tajuk akan dipersembahkan oleh para peserta. Setiap tajuk membawa isu kekeluargaan yang berbeza dan akan disampaikan bersama qari jemputan masing-masing.

Berikut senarai penuh persembahan minggu keempat:

1. Anak Derhaka

  • Peserta: MM Mustaqim
  • Qari: Ustaz Mohamad Husaini Mahmur

2. Bahagi Harta Pusaka

  • Peserta: MM Yazid
  • Qari: Cik Hasnul Taqiyuddin

3. Nasib Anak Luar Nikah

  • Peserta: MM Khaiqal
  • Qari: Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali

4. Ibu Bapa Yang Tidak Adil

  • Peserta: MM Adam Tan
  • Qari: Cik Hasnul Taqiyuddin

5. Pilihan Pasangan

  • Peserta: MM Yusuf
  • Qari: Ustaz Mohamad Husaini Mahmur

6. Didikan Gen Alpha

  • Peserta: MM Aidil
  • Qari: Ammar Mukhlis

7. Janji Yang Dikhianati

  • Peserta: MM Raja
  • Qari: Ammar Mukhlis

8. Konflik Adik Beradik

  • Peserta: MM Qamarul
  • Qari: Ammar Mukhlis

9. Hak Yang Tidak Tertunai

  • Peserta: MM Aizuddin
  • Qari: Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali

Dalam pada itu, persembahan pembukaan minggu ini akan menampilkan penyanyi, Sharul Kamal yang terkenal menerusi lagu tema drama Projek High Council: Kudrat 1968 iaitu Manifestasi.

Kali ini, Sharul akan menyampaikan lagu ketuhanan berjudul Satu, nyanyian asal kumpulan dari seberang, Dewa.

Kesemua peserta dinilai oleh barisan juri yang berpengalaman iaitu Datuk Ustaz Kazim Elias, Ustazah Asni Mansor dan Dr Kamilin Jamilin.

Musim ini juga turut menampilkan Atu Zero digandingkan bersama dengan penyanyi nasyid Fakhrul UNIC untuk mengemudi pentas sebagai hos program. 

Program Mualim Muda bersiaran secara serentak di Astro Oasis (saluran 106) dan juga Astro Prima (saluran 105) bermula 31 Oktober 2026, Sabtu, juga boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement