Skip to main content

Selebriti

Pernah Kerja Berterusan & Menangis Seorang Diri, Intan Najuwa Kongsi Persediaan Alam Dewasa - “Tidak Semua Perkara Perlu…”

Pernah Kerja Berterusan & Menangis Seorang Diri, Intan Najuwa Kongsi Persediaan Alam Dewasa - “Tidak Semua Perkara Perlu…”

Sekilas

  • Datin Intan Najuwa mengakui dia tidak pernah bersedia menghadapi fasa kedewasaan ketika berumur 20an dan hanya menjalani rutin harian seperti biasa.
  • Dia berkongsi pengalaman menangis seorang diri dan bekerja tanpa henti tanpa memahami konsep keseimbangan kerja dan hidup.
  • Intan menegaskan bahawa fasa sukar mengajar dirinya menjadi lebih kuat dan penting untuk percaya pada proses perjalanan hidup.
Advertisement

Pelakon dan usahawan, Datin Intan Najuwa mengakui dirinya tidak pernah bersedia berdepan fasa kedewasaan ketika dalam lingkungan umur 20an.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Intan berkata dia hanya mengikut keadaan dan menjalani rutin-rutin hariannya seperti biasa.

Advertisement

Malah, dia masih teringat akan momen-momen dirinya menangis seorang diri selain kerja berterusan tanpa henti.

“Melihat semula diri saya ketika usia 20an, saya sebenarnya tidak pernah bersedia untuk adulthood dan semua tanggungjawab yang hadir.

“Saya cuma ikut sahaja keadaan. Saya kerja seperti orang gila dan saya pun tidak tahu apa itu work-life balance. Saya masih ingat saya menangis seorang diri ketika pergi kerja dan pulang ke rumah. Tetapi Alhamdulillah, saya tidak pernah berhenti bersyukur dengan setiap kurniaan rezeki Allah,”tulisnya

Advertisement

Intan berkata demikian selepas seorang individu bertanya bagaimana persiapan dirinya menghadapi ‘adulthood’ dan komitmen.

Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkata tidak semua perkara perlu dirungkaikan segera, sebaliknya hanya perlu percaya dengan proses perjalanan hidup.

Menurutnya, fasa-fasa sukar itu juga telah banyak mengajar dirinya untuk lebih kuat dan membentuk dirinya sekarang.

“Membesar mengajar saya yang hidup tidak semua perkara kita perlu tahu. Kadangkala, awak cuma perlu teruskan, belajar untuk sesuaikan diri dan percaya pada proses. Tahun-tahun yang sukar itu banyak mengajar saya dan sejujurnya, saya tidak akan jadi diri saya sekarang tanpa mereka,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement