Bagi peminat telefon pintar Vivo yang memasang impian memiliki jenama barunya, VIVO V15, bakal menjadi realiti apabila anda boleh melakukan tempahan awal pada VIVO V15 “Superday Sale” pada 23 Mac ini.

Bersempena dengan “Superday Sale” yang akan berlangsung di pusat membeli-belah 1Utama (New Wing), Highstreet, 50 pelanggan yang terawal untuk mendapatkan Vivo V15 Pro akan diberikan hadiah eksklusif daripada Vivo bernilai RM299 dan kad Petronas bernilai RM200.

Sementara itu, untuk 200 orang pelanggan seterusnya akan menerima kad Petronas RM100.

Orang ramai yang melakukan tempahan awal pada VIVO V15 “Superday Sale” juga berpeluang memenangi hadiah cabutan betuah untuk memenangi telefon pintar Vivo V15 Pro untuk dua pemenang.



Selain itu, orang ramai yang melakukan tempahan awal Vivo V15 dan Vivo V15 Pro daripada sekarang hingga 22 Mac ini akan menerima hadiah eksklusif daripada Vivo bernilai RM299, pemegang telefon, 'Headphone Bluetooth' dan mendapat perlindungan skrin selama 6 bulan.

Orang ramai juga berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan yang disediakan oleh pihak Vivo untuk memenangi pelbagai hadiah seperti VIVO V15 Pro, basikal dan beg.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk melakukan tempahan awal VIVO V15 sempena “Superday Sale” pada 23 Mac (Sabtu) ini di pusat membeli-belah 1Utama (New Wing), Highstreet dan memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan.



Untuk yang belum kenal, V15 Pro ialah telefon pintar dengan model kamera hadapan tersembunyi, sama seperti Vivo NEX. Ia memiliki kamera hadapan 32MP bersama tiga lensa kamera belakang iaitu lensa utama 48MP F1.8, lensa kedua bersudut ultra lebar 8MP F2.2 dan lensa ketiga pengesan tahap kedalaman 5MP F2.4.

Skrinnya berukuran 6.39-inci HD Penuh dari jenis AMOLED. Ia memiliki kuasa cip Snapdragon 675 dan disertakan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Ia menerima kad mikroSD untuk storan tambahan.



Baterinya sebesar 3,700mAh dan menyokong pengecasan pantas tetapi melalui port mikroUSB. Sistem operasinya berasaskan Android 9.0 Pie dengan antaramuka FunTouch OS di atas.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.