Drama
Bercakap Dengan Jun: Recap Episod 3 & 4 - Jun Sertai Geng Sam, Makin Sayang Dengan Baby Ranum
Minggu lalu penonton dapat menyaksikan Jun berusaha untuk menjaga Ranum dengan baik termasuklah dengan belajar membeli beberapa barangan keperluan bayi.
Manakala Lily pula telah mengambil keputusan untuk belajar mencopet untuk kelangsungan hidup.
Apa agaknya yang berlaku sepanjang episode 3 dan 4 Bercakap Dengan Jun? Jom ikut Cik Bam recap balik dua episod ini:
RECAP EPISOD 3
Jun lakonan Dini membuat persiapan untuk Ranum kerana dia telah mengambil keputusan untuk menjaga Ranum sendiri selepas keluarga angkat bayi itu mempunyai masalah rumah tangga. Luth (Kahoe Hon) dan Lily (Qistina Rani) pula membantu Jun untuk membeli persiapan dan barangan bayi termasuk peralatan untuk keselamatan bayi di rumahnya.
Dalam masa sama, Lily pula buat keputusan gila apabila dia meminta Jun untuk mengajarnya mencopet bila Lily dapat tahu yang Jun sebenarnya seorang yang pintar dan boleh menghafal segala info serta maklumat dalam setiap buku yang dibaca. Eh, nervous Cik Bam!
Sementara itu, Jun pula mendapatkan khidmat orang tengah untuk buat surat beranak palsu buat Ranum. Tapi yang teruk, Jun siap cadangkan kepada Lily yang dia mahu bawa Ranum sekali untuk pergi mencopet. Kenapa tergamak dia buat keputusan macam tu. Aneh betul perangai Jun.
Seperti yang semua dapat agak, aktiviti mencopet Jun terganggu bila bayi perempuan yang mereka bawa itu menangis! Kan dah menyusahkan? Tapi, sejak mereka menjadi penjaga bayi itu, Jun tidak dapat tidur yang mencukupi, sehinggakan dia gagal untuk meneruskan aktiviti mencompetnya.
Disebabkan Ranum masih bayi dan sering dibawa keluar untuk mencuri, budak kecil itu jatuh sakit. Ranum demam sebab dibawa keluar bekerja hingga malam. Jun cuba untuk bertemu dengan beberapa doctor untuk merawat Ranum, tetapi tak berhasil sehinggalah dia bertemu dengan Nek Esah untuk mengubati Ranum.
RECAP EPISOD 4
Sementara itu untuk episod 4 pula, dapat dilihat Jun semakin mengambil berat dan menyayangi Ranum sepenuh hati. Jun juga membuat keputusan untuk menyertai geng Sam (Fikry Ibrahim) dan turut membantu mereka dengan menaikkan jumlah kutipan mencopet.
Menerusi episod ini, Jun menjadi tidak tenang disebabkan Ranum mula menangis tak henti-henti. Namun, usaha membawa Ranum bertemu Nek Besah berhasil apabila Nek Besah berjaya merawat Ranum.
Sementara itu, Lily mula berlatih mencopet dengan bimbingan Luth, namun cubaan pertama Lily gagal. Disebabkan kegagalan Lily, Luth naik angin, disebabkan kutipan copet mereka berkurangan.
Susulan itu, Jun yang pada waktu itu menawarkan diri untuk menyertai geng Sam terus dipersetujui oleh Luth. Mulai saat itu, Luth perasan yang Jun sangat baik hati apabila dia sendiri yang tolong mencopet bagi membantu kutipan anak buah Luth dan Sam.
Berbalik pada bayi yang dijaga, Jun mengambil keputusan untuk meminta bantuan Nek Besah dan Tok senik menjaga Ranum supaya dia mudah membuat ‘kerja’ dengan tidak membawa Ranum bersama. Nek Besah gembira dan terus membuat persiapan barangan bayi untuk mula menjadi pengasuh kepada Ranum.
Dalam masa sama, Lily cuba mencopet untuk kali kedua, dan kali ini dia berjaya! Perkara itu sekaligus membuatkan Lily semakin bersemangat dan ingin cuba lagi dan lagi! Lily mencuba nasib lagi untuk mencopet secara bersendirian. Namum kali ini Lily kantoi dan dikejar oleh orang ramai.
Apakah yang berlaku kepada Jun, Luth dan Lily? Kalau ada yang terlepas drama Bercakap Dengan Jun, jangan lupa ikuti recap episod yang tertinggal bersama Cik Bam untuk minggu seterusnya.
Drama adaptasi novel ini merupakan terbitan Ano Films arahan oleh Syed Fariz dan Fairul Nizam.
Bercakap Dengan Jun dibintangi oleh Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila dan ramai lagi.
Saksikan drama Bercakap Dengan Jun, setiap Rabu hingga Khamis, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) atau stream di Astro GO dan sooka.
Must-Watch Video