Supermodel Kate Moss sedang menjadi perbualan hangat selepas paparazi merakamkan foto terkini dirinya berpegangan tangan bersama seorang lelaki.

Cucu Bob Marley

Lelaki tersebut pula bukan sembarangan orang melainkan cucu kepada legenda muzik dunia, mendiang Bob Marley, Skip Marley.

Lebih membuatkan hubungan mereka menjadi perhatian adalah jurang usia yang cukup jauh, lapor DailyMail.uk.

Moss kini berusia 50 tahun manakala Skip, 27, menjadikan jurang usia di antara keduanya 23 tahun atau hampir separuh usia model tersebut.

Pasangan tersebut dilihat bersama di Turki sewaktu Moss datang melihat persembahan Skip di festival muzik Med Bodrum di sebuah hotel terkenal.

Menerusi foto yang dirakamkan, Moss ditemani rakan baiknya, Rosemary Ferguson, suami dan artis Jake Chapman.

Kelibat kekasih Moss, Count Nikolai von Bismarck, 37, tidak kelihatan.

Skip pula yang merupakan anak daripada anak kedua marley, Cedella dipercayai tidak mempunyai pasangan hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: #Foodieslife: Nak Cantik Macam Kate Middleton? Ini Menu Harian Yang Anda Perlu Ikuti

ARTIKEL BERKAITAN: Malu & Mohon Maaf Persenda Kate Middleton, Blake Lively Tetap Dilabel Pembuli